SETIAP wanita hamil pasti mengharapkan proses bersalin yang lancar, dalam suasana tenang dan selesa di hospital.
Namun, ada kalanya suasana di wad terganggu dengan pelbagai suara dan bunyi bising termasuklah yang berpunca daripada pesakit lain.
Di Thread, seorang individu berkongsi kisah wanita Rohingya yang dianggap menyusahkan para jururawat ketika ditahan di wad bersalin sebuah hospital kerajaan.
Bayi memerlukan penjagaan rapi berbanding kanak-kanak yang sudah membesar. -Gambar hiasan AI
“Tak sukanya dalam wad ni ada orang Rohingya. Dah la tak reti jaga anak. Anak dah empat pun tak reti tukar lampin dan bagi susu.
“Kesian baby tu semalaman menangis weh, bingit telinga aku. Masalahnya satu malam anaknya melalak. Tak boleh ‘blah’ dia minta nurse tukar lampin anak dia.
“Punyalah dari tengah hari tak tukar, mana tak melalak budak tu,” tulis wanita tersebut.
Dia pula tak tengok anak, dia biar je tak bagi susu semalaman.
PENGADU
Jelas pengadu, dia bukannya tidak menyukai wanita itu kerana rasis, namun terkilan dengan sikapnya yang penting diri sehingga mengganggu ketenteraman wad.
“Boleh datang tengok perangai dia macam mana, kemudian baru awak tahu kenapa semua tak suka. Bayangkan ada ibu-ibu lain yang baru caesarean, tengah sakit dan nak rehat.
“Dia pula tak tengok anak, dia biar je tak bagi susu semalaman. Anak dia menangis tau. Kesian dekat nurse. Dia buat nurse macam ‘balaci’ (kuli) dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru bersalin menjerit dalam wad, jururawat buat pekak… Tergamak biar bayi kelaparan! – "Macam dosa besar bagi susu formula"
ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jururawat wad bersalin… Suami influencer gembira timang ‘baby’, setiap seorang dapat hadiah loket emas
“Sesiapa je buat perangai macam ni, tak ada siapa boleh terima. Tak kisahlah kaum apa sekali pun,” tulis wanita itu lagi.
Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi pengalaman sama berdepan dengan wanita Rohingya.
“Dulu masa bersalin, Rohingya tak mahu angkat anak dia sebab beranak caesarean. Beg dia pun nurse tolong angkat.
Pesakit tidak sepatutnya membuat gangguan bunyi di dalam wad. -Gambar hiasan AI
“Ya Allah, saya beranak hari tu pun ada Rohingya. Dia melalak satu labour room dengar.
“Sama macam saya beranak dulu. Dia (wanita Rohingya) tak nak susukan anak. Anak dia menangislah sebab lapar. Untuk senyapkan anak, dia buka takbir raya dekat telefon,” antara komen netizen.