RSS Suria

Guru kongsi kisah ‘bayi tong sampah’ nak cari ibu lepas SPM! Ada kes mak lari ikut pakwe, anak bagi rakan baca surat terakhir

AWAS ibu bapa, setiap pergerakan dan perbuatan kita sentiasa diperhatikan anak-anak!

Jika menunjukkan sikap dan contoh baik, anda selamat tetapi jika sebaliknya mungkin perangaiburuk itu akan ‘dijaja’ di sekolah.

Perkongsian seorang guru di TikTok menjadi bukti bahawapelbagai kisah ibu bapa telah diceritakan oleh anak-anak mereka di sekolah.

Guru berdepan dengan pelbagai karenah pelajar. -Gambar hiasan

Guru berdepan pelbagai kerenah pelajar. -Gambar hiasan

“Seorang murid menceritakan ibu bapanya berpisah disebabkan bapa sengaja langgar abangnya yang dalam perjalanan untuk ambil dadah.

“Sekarang bapa dia dalam penjara abang pula cacat kekal dan terlantar,” kongsi guru berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:10 tahun urus pelajar bermasalah, guru buat kesimpulan punca dari rumah! Simpati sampai rasa nak bawa balik, jaga seminggu dua

ARTIKEL BERKAITAN:Tak cukup maki hamun, pelajar baling kerusi ke arah cikgu dalam kelas – “Sakit kepala saya”

Tambah guru itu lagi, walaupun perbuatan abang murid berkenaan salah tetapi tindakan bapanya juga adalah tidak wajar.

Di ruangan komen, guru lain turut berkongsi kisah pelajar membawa surat terakhir diterima daripadaibunya ke sekolah.

Ayah tumbuk ibu sebab ayah ada perempuan lain.

NETIZEN

“Anak dia bawa surat terakhir mak dia bagi sebab ikut lelaki lain. Anakdia bagi kawan-kawan sekolah baca,” dedah seorang lagi guru.

Malah, ada juga pelajar tidak malu mengaku dan berkongsi kisah ‘dibuang’ oleh keluarga.

“Dia beritahu yang dia adalah anak yang dibuang oleh ibunya masa bayi kat dalam tong sampah.

“Dia juga kata bila habis SPM, mahu cari ibunya dan tanya kenapa ibu buang saya?” katanya.

Kisah murid yang dikongsi.Kisah murid yang dikongsi.

Terdapat juga perkongsian lain yang memaklumkan ibu bapa sering bertengkar dengan pengakhirannya salah seorang dipukul.

“Anak murid saya datang sekolah menangis cerita ayah tumbuk ibu sebab ayah ada perempuan lain.

“Ada juga yang datang, cikgu semalam ayah saya tumbuk mak saya,” katanya.

Scroll to Top