SEIRING perkembangan teknologi, tidak dapat dinafikan platform digital kian mendominasi fikiran dan gaya hidup masyarakat.
Ketika pelbagai langkah dan usaha dilakukan untuk mengekang perkara negatif terutamanya di media sosial, masih ada kandungan tak senonoh dipaparkan untuk tontonan kanak-kanak.
Seperti mana dialami oleh seorang guru, dia meluahkan kebimbangan terhadap peri laku anak muridnya yang dilihat luar daripada kebiasaan.
Sesetengah kandungan digital tidak bersesuaian untuk tontonan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
“Hari ni ternampak murid lelaki dan perempuan umur lima tahun cium mulut. Dua kali ya, waktu rehat dan dalam kelas. Aih, nak gugur jantung!
“Sebelum ni pernah jadi, masa tu fenomena kartun Frozen. Sebab ada scene kissing (babak cium), budak-budak jadi terikut,” luahnya.
Menurut guru berkenaan, golongan kanak-kanak semenangnya mudah menerima apa yang dilihat di sekeliling mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Video Pelajar Peluk, Cium Di Sekolah Disiasat
ARTIKEL BERKAITAN: Budak umur 4 tahun mengadu mulut dicium ‘abang jahat’! Rupanya ‘kerja’ anak pengasuh, pelajar tingkatan 5
Justeru katanya, orang dewasa khususnya ibu bapa perlu mengawal aktiviti anak-anak di rumah selain golongan guru pula memberi didikan supaya murid dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.
“Cikgu dah ‘educate’ banyak kali, suruh jerit dan beritahu orang dewasa kalau berlaku sentuhan tak selamat atau tak selesa, modul ni memang ditekankan dalam pra sekolah dan tadika.
“Anak-anak ni ‘innocent’ ikut je apa yang mereka tengok.
- Kandungan digital tak senonoh dipaparkan untuk tontonan kanak-kanak.
- Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat.
- Guru pra-sekolah bimbang dengan aksi anak muridnya bercium di sekolah.
- Modul keselamatan diri ditekankan sebagai kurikulum standard pra-sekolah dan tadika.
- Peri laku ibu bapa seringkali ditiru anak-anak.
“Kena pantau apa yang mereka tengok di telefon… sekarang ni sebut atau tunjuk je simbol YouTube atau TikTok majoriti kanak-kanak tahu,” katanya, namun tidak mendedahkan lokasi sekolah.
Tambah guru itu lagi, dia sendiri risau memikirkan perkara ini kerana dirinya juga bergelar ibu dan sedar cabaran mendidik anak pada zaman sekarang.
“Ni pesanan untuk diri sendiri juga sebab cikgu pun ada anak perempuan umur lima tahun.
“Zaman sekarang memang menakutkan,” katanya sambil menambah dia juga pernah melihat ‘adegan’ sama dilakukan muid sekolah pada tahun 2017.
Perkongsian guru ini mengundang pelbagai reaksi netizen dan ramai juga terkejut dengan pendedahannya kerana ia melibatkan kanak-kanak berumur lima tahun.
Ibu bapa sering menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI
“Mula baca tahun lima, baca lagi sekali what!??? Lima tahun?
“Allah seramnya cikgu, lima tahun dah pandai buat semua tu,” antara komen netizen.
Selain itu, ada juga warganet yang memberi nasihat kepada ibu bapa supaya tidak bermesraan secara keterlaluan di hadapan anak-anak.
Bagi mereka, apabila pasangan suami isteri terlalu terbuka dalam hal hubungan intim, anak-anak cenderung untuk cuba melakukannya.
“Mudanya mereka tapi dah terbuat benda alah tu. Adakah sebab selalu nampak mak ayah di rumah buat benda ni depan mata mereka? Mungkin mereka faham itu tanda sayang tapi tak faham yang benda tu tak boleh buat antara mereka.
“Selain dari phone, mak ayah pun janganlah bercium depan anak.
“Banyak terpengaruh dengan media sosial, apabila tak dipantau memang inilah jadinya, dewasa sebelum umurnya,” antara komen netizen.