RSS Suria

Hafiz Suip tak dapat tahan air mata, sedih berjauhan dengan anak-anak… “Saya cuba untuk berdamai, tidak mahu cari salah”

PENYANYI Hafiz Suip mengakui perkara paling menyedihkan dalam hidupnya adalah berjauhan dengan anak tersayang.

Menurut Hafiz, situasi itu masih berlarutan hingga ke hari ini dan menjadi antara ujian paling besar yang perlu ditempuh sebagai seorang bapa.

"Saya rasa apabila berjauhan dengan anak, itulah perkara paling sedih. Sampai sekarang saya masih melaluinya," katanya.

Hafiz sedih selalu berjauhan dengan anak-anak.

Hafiz meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Menerusi rakaman tersebut, penyanyi lagu Terus Bersinar itu dilihat tidak mampu menahan air mata ketika berkongsi apa yang sedang dilalui dalam kehidupannya.

Dalam nada sebak, Hafiz berkata dia memilih untuk terus bersyukur atas segala ketentuan Tuhan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

"Saya bersyukur sahaja, bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip beri bayangan konsert sulung, kali ini netizen tak kisah harga tiket mahal… "Ambillah duit saya!"

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mengaku dalam proses bercerai, sedia lepaskan isteri cara baik

“Saya cuba untuk berdamai dengan kehidupan, tak mahu cari salah.

“Kerana cari salah itu buat saya kusut. Bila bersyukur dan reda, insya-Allah akan dapat kebahagiaan itu,” ujarnya.

Tambah Hafiz, bukan mudah berdepan pelbagai persepsi masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ada yang menilai dirinya secara negatif tanpa mengetahui situasi sebenar.

Keluarga adalah segalanya buat Hafiz.

"Banyak tanggapan orang pada saya, tapi paling sedih bila orang anggap saya jahat sahaja di mata mereka.

“Mulut orang tak boleh tutup… Apa yang saya boleh buat, jalankan hidup seperti biasa. Lambat-laun orang akan faham dan tahu kebenarannya,” jelasnya.

Perkongsian penuh emosi itu nyata mengundang simpati netizen yang mendoakan agar Hafiz terus tabah, kuat dan dipermudahkan segala urusan hidupnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top