RSS Suria

Hak susukan anak pertama dirampas, suami suruh adik ipar kematian bayi jadi ibu susuan – “Dia kata saya nusyuz”

MENYUSUKAN bayi bukan sekadar memberi nutrisi, sebaliknya ia adalah momen penting dalam membina ikatan antara ibu dan anak.

Namun seorang wanita yang baru pertama kali menimang cahaya mata sedih apabila haknya dirampas kerana diminta beralah demi adik iparnya yang kematian bayi.

“Ini pertama kali saya jadi ibu… saya nak susukan, kenyangkan anak saya sendiri. Boleh bayangkan tak, selama berpantang, saya dapat susukan baby pagi je. Petang dan malam adik ipar ambil baby saya.

Segelintir ibu akan mengalami tekanan emosi selepas melahirkan anak.

Baby saya tu anak sulung. Adik ipar saya pula baby dia yang meninggal tu anak ketiga.

“Saya sedih apabila nak susukan, baby dah kenyang,” demikian luahan yang dikongsikan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita stres abang ipar minta susu badan, rayu jadi ibu susuan anak angkat 7 bulan… Bagi alasan nak selesai isu mahram keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut dapat tahu anak ada ‘ibu susuan’, rupanya angkara kakak ipar!

Apa yang lebih membuatkan dia kecewa dan tertekan, suaminya meminta dia beralah demi menjaga emosi adik iparnya yang baharu kehilangan bayi.

“Suami cakap saya tak ada hati perut sebab enggan bagi adik ipar menyusukan anak saya.

“Dah bincang dengan suami, dia tetap suruh saya mengalah walaupun saya first time mom. Suami kata emosi adik ipar lagi penting sekarang, kena bagi dia susukan anak saya direct,” ujarnya.

Suami cakap saya tak ada hati perut sebab enggan bagi adik ipar menyusukan anak saya.

NETIZEN

Tambah wanita tersebut, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah adiknya buat sementara waktu untuk mengelakkan situasi menjadi tegang, namun sangkaannya meleset.

“Adik lelaki dah ambil saya dengan baby balik Johor Bahru. Kemudian suami WhatsApp cakap saya nusyuz. Emosi saya terganggu sekarang,” tulisnya lagi.

Sebahagian komen netizen.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warga maya dengan rata-ratanya meluahkan simpati terhadap nasib wanita tersebut kerana terpaksa memendam perasaan demi menjaga hati orang lain, walaupun dia sendiri sedang melalui fasa mencabar sebagai ibu baharu.

Ramai turut yang berpendapat bahawa tindakan suami wanita tersebut tidak wajar, kerana mengabaikan keperluan emosi dan hak isteri sendiri yang sepatutnya mendapat sokongan penuh selepas bersalin.

Namun tidak kurang juga ada yang berpandangan wanita berkenaan patut mengetepikan seketika perasaan sendiri dan memahami situasi adik ipar yang kematian bayi.

Scroll to Top