RSS Suria

Hampir setahun tinggalkan Dolla, Syasya ‘comeback’ dengan lagu raya ubat kerinduan peminat

HAMPIR setahun meninggalkan kumpulan Dolla, penyanyi Syasya Rizal bakal membuat kemunculan dengan lagu raya pada 7 Mac ini.

Kata Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, lagu ciptaan komposer Adib Hussain dan Ja’a itu dirakamkan pada Februari lalu selepas dia selesai berpantang anak pertama.

Syasya bagaimanapun enggan berkongsi lanjut berkenaan judul lagu raya berkenaan.

“Insya-Allah kalau tiada apa menghalang saya akan muncul dengan single lagu raya pada 7 Mac ini.

Syasya tidak menolak untuk meneruskan kerjaya nyanyian.

Syasya tidak menolak untuk meneruskan kerjaya nyanyian.

“Saya merakamkan lagu tersebut pada bulan Februari, selepas saya habis pantang. Waktu itu saya memang sudah sibuk rekod lagu dan rakam muzik video.

“Saya tak mahu berkongsi judul lagu raya tersebut lagi tetapi saya boleh bagi hint ‘Pung Pang’,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Syasya tidak berhasrat kembali aktif dalam dunia hiburan namun semuanya berubah selepas syarikat rakamannya iaitu Universal Muzik Malaysia membuat tawaran merakamkan lagu raya.

Tambahnya, pelancaran lagu tersebut bakal menjadi hadiah buat peminat yang sudah sekian lama rindu mahu mendengar suaranya.

ARTIKEL BERKAITAN:Syasya Rizal selamat bersalin anak pertama, pilih nama Muhammad Yassir Hayyan

ARTIKEL BERKAITAN:Syasya Rizal jawab tuduhan hamil sebelum nikah, tunggu pemfitnah di Padang Mahsyar

“Sebenarnya saya tidak rancang pun untuk buat ‘comeback’ tetapi saya rasa ini projek yang menyeronokkan.

“Lagi pun sebelum ini saya baca banyak komen peminat rindu nak dengar saya menyanyi semula.

“Jadi saya fikir ini sebagai hadiah untuk hilangkan rindu peminat. Dalam muzik video lagu raya ini juga ada sedikit kejutan buat peminat, jadi anda semua kena tunggu,” ujarnya.

Insya-Allah kalau tiada apa menghalang saya akan muncul dengan single lagu raya pada 7 Mac ini.

SYASYA RIZAL

PENYANYI

Ditanya tentang perancangan selepas pelancaran lagu baharu ini, Syasya masih lagi memberi fokus utama kepada keluarga dan pelajaran namun tidak menolak sekiranya ada rezeki menyanyi.

Kongsi Syasya, suaminya iaitu Nasrullah Mohd Sapie juga tidak menghalang sekiranya dia mahu meneruskan karier nyanyian.

“Buat masa ini saya fokus kepada keluarga dan belajar tetapi kalau ada rezeki kita tengok macam mana nanti.

Syasya kini memberi fokus utama terhadap keluarga.

Syasya kini memberi fokus utama terhadap keluarga.

“Alhamdulillah suami saya menyokong apa sahaja yang saya ingin lakukan asalkan tidak melampui batas,” katanya.

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah pada 20 April 2024.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia tiga bulan.

Sebelum itu Syasya juga mengejutkan ramai peminat apabila dia memaklumkan pengunduran daripada kumpulan Dolla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top