SEORANG suami meluahkan rasa kecewa dan tertekan selepas menemui rakaman video lucah isterinya di telefon pintar wanita itu.
Lebih menyakitkan hati, apabila dia terpaksa menonton aksi isteri sendiri bersama lelaki yang dikenalinya dengan cukup rapat.
Menurut pengadu, isterinya pernah mengakui ada melakukan kesilapan masa lalu bersama bekas kekasih, namun penemuan video itu lebih melukakan hatinya.
Hubungan luar nikah boleh memberi kesan pada masa hadapan. -Gambar hiasan AI
“Masa di awal perkenalan dulu isteri memang mengaku pernah terlanjur dengan seorang lelaki sahaja, tetapi sebagai manusia biasa ni tak pernah nak hukum.
“Saya ambil keputusan kahwin je dengan dia sebab saya kagum akan cinta dan kejujuran dia semasa mengenali saya,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus ‘serang’ penyondol, bersemuka dengan suami dulu… Ini nasihat untuk isteri disakiti suami curang
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘bersama’, merungut isteri gemuk… Tiba-tiba kantoi beli alat besarkan kemaluan! Wanita syak abang ipar curang
Namun, kepercayaan itu mulai terhakis apabila dia secara tidak sengaja menemui beberapa fail video dalam telefon isterinya.
“Dia cakap telefon dia ‘berat’, jadi saya periksa. Hancur hati apabila terjumpa fail video hubungan seks dia dengan lelaki yang saya kenal.
“Tak sangka isteri siap bagi tubuh sekali dekat dia. Siap hantar gambar bogel dekat kawan dia,” katanya.
- Hati suami hancur hati selepas menemui video lucah isterinya bersama lelaki yang merupakan kawan rapatnya sendiri.
- Isteri pernah mengaku terlanjur sebelum kahwin.
- Suami temui fail video lucah ketika memeriksa telefon isteri.
- Suami ragu-ragu bercerai kerana anak mereka yang masih kecil.
- Netizen sarankan tinggalkan isteri jika video berkenaan berlaku selepas perkahwinan kerana dianggap pengkhianatan yang besar.
Jelas lelaki itu, dia tidak dapat menerima keterlanjuran isterinya bersama individu yang didakwa sebagai kawan rapat.
“Dia cuma cakap pernah terlanjur dengan seorang lelaki tapi hakikatnya tidak, ni lelaki kedua.
“Kalau dia jujur dulu terlanjur dengan banyak lelaki mungkin saya terima lagi tapi akhirnnya Allah nak tunjuk… isteri banyak sorok daripada saya,” katanya.
Tambah pengadu, terlintas di fikirannya untuk bercerai namun masih ragu-ragu kerana memikirkan nasib anak mereka yang baru berusia dua tahun.
Reaksi netizen
“Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati saya setelah melihat video isteri bersetubuh dengan lelaki lain,” katanya.
Bagi netizen perkara yang dilalui lelaki berkenaan terlalu berat dan mereka beranggapan dia seharusnya meninggalkan wanita berkenaan.
“Video dah ada, tinggalkan je bang. Perempuan macam tu takkan berubah. Ambil video tu simpan.
“Video masih baru? Kalau selepas kahwin dia berubah, boleh dimaafkan. Tapi kalau dia curang dalam perkahwinan, saya sebagai perempuan pun sarankan baik berpisah.
“Cek tarikh video tu , kalau tarikh selepas kahwin baik cerai. Benda ni nak hadap bukan sehari dua tetapi sepanjang hidup,” katanya.