PELAKON Harissa Adlynn menerima banyak panggilan daripada rakan artis selepas mendedahkan pernah berkerjasama dengan gandingan yang mempunyai masalah bau badan.
Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, berkata beberapa rakan artis cuba menghubungi untuk bertanya adakah mereka pelakon yang dimaksudkan itu.
“Ada beberapa rakan artis yang hubungi saya untuk bertanya. Mereka siap minta maaf kalau badan mereka berbau.
Hubungan Harissa bersama rakan artis masih lagi baik.
“Tapi saya tidak sebut pun nama sesiapa, boleh jadi sesiapa tak semestinya pelakon,” katanya ketika dihubungi mStar.
Tidak hanya itu, Harissa berkata dia turut memohon maaf kepada Nabil Aqil dan Daniel Fong kerana turut terpalit dengan isu berkenaan.
Jelasnya, perkongsian terbaharunya di TikTok membuatkan netizen menyangka mereka adalah rakan gandingan yang mempunyai masalah bau badan.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan pelakon gandingan berbau, Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas di set penggambaran
ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil cakap depan muka Harissa, bukan pelakon badan berbau
Kata Harissa hubungan mereka di set penggambaran juga baik-baik sahaja malah sempat berbual mengenai isu berkenaan.
“Saya dengan mereka okay saja. Saya pun tiada sebut fasal sesiapa di set penggambaran ini. Saya ada minta maaf pada mereka kerana timbulkan salah faham ini.
“Mereka okay dan tidak marah pun. Kami siap ketawa lagi mengenai isu ini kerana rasa situasi itu kelakar.
Mengingatkan saya untuk sentiasa jaga kebersihan.
HARISSA ADLYNN
PELAKON
“Saya kesian juga bila netizen petik nama-nama pelakon yang pernah berkerjasama dengan saya. Antaranya Redza Rosli dan Niezam Zaidi, tapi mereka semua wangi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Harissa memberitahu bukan niatnya untuk membuka aib mana-mana rakan artis namun hanya berkongsi situasi yang pernah dilalui semasa berada di set penggambaran.
Dia juga berharap orang ramai mengambil pengajaran daripada perkongsian itu untuk menjaga kebersihan diri mereka.
Nabil (kanan) dan Daniel (kiri) turut terkena tempias.
“Ramai yang kata saya membuka aib dan sengaja membuat kenyataan sebegitu. Niat saya hanya nak berkongsi pengalaman saja.
“Disebabkan perkara-perkara seperti ini mengingatkan saya untuk sentiasa jaga kebersihan.
“Saya harap orang boleh pandang ia daripada sudut positif, tidak kiralah berlakon atau bekerja dalam sektor apa sekalipun. Pastikan kita menjaga kebersihan diri,” kongsinya.
Harissa mahu orang ramai ambil pengajaran.
Sebelum ini, Harissa pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang rakan pelakon yang dikatakan tidak menjaga kebersihan diri sehingga menyebabkan bau badan yang kuat.
Harissa turut berkongsi dia pernah memberi bayangan secara halus mengenai penggunaan minyak wangi sebagai bentuk teguran.
Perkara itu menjadi bualan hangat netizen dan menimbulkan spekulasi mengenai identiti pelakon yang dimaksudkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube