RSS Suria

Hasrat nak makan lauk ikan musnah, duit kerap hilang! Wanita syak anak asuhan panjang tangan, nak tegur tapi suka melawan

DALAM setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada cabaran dan rintangan yang perlu dilalui.

Begitulah juga halnya bagi seorang wanita ini yang melakukan kerja sebagai pengasuh, menawarkan khidmat menjaga kanak-kanak di rumah.

Menerusi satu perkongsian seorang individu di media sosial, dia memaklumkan ibunya mengasuh dua kanak-kanak yang sudah bersekolah, masing-masing berusia tujuh dan 10 tahun.

“Anak yang dijaga dah besar, darjah satu dan darjah empat. Mak ambil (tugasan mengasuh) budak-budak ni balik dari sekolah je. Pukul 6 pagi, mak mereka ambil dari rumah mak saya.

“Tapi kebelakangan ni duit mak saya selalu hilang. Kadang RM10, kadang RM5,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Duit disimpan di dalam tabung untuk kegunaan ketika kecemasan. Foto Thread

Namun katanya, insiden kecurian di rumah ibunya tidak terhenti setakat itu apabila terbaharu, jumlah wang yang lebih besar pula dicuri.

“Kali ini lebih RM100 hilang. Duit tu mak saya menabung supaya kalau nak beli beras atau barang dapur tak cukup duit, akan guna duit tu.

“Bukan nak tuduh budak-budak tu tapi dah banyak kali dah hilang. Saya suruh mak beritahu ibu bapa budak-budak tu, tapi mak risau mereka tak percaya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun mengasuh, baru sekali ambil cuti sakit… Pengasuh tak sangka mak ayah tetap hantar anak, diberi kata dua batal ‘job’

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh selalu bagi bayi tengok TV, ibu muda nak tegur tapi takut sentap! Terhutang budi sebab sudi jagakan anak

Apa lebih membimbangkan selain kejadian curi yang sudah berulang kali berlaku, kanak-kanak yang dijaga ibunya itu juga bersikap agresif.

“Kalau mak marah budak-budak ni, mereka melawan. Bukan apa, saya kasihan dekat mak sebab dia tak ada duitmnak beli ikan pun kais-kais duit, apatah lagi nak beli CCTV.

Mak nak beli ikan pun kais-kais duit, apatah lagi nak beli CCTV.

ANAK

“Itu je duit yang dia ada. Dia baru chat dengan saya malam tadi nak beli ikan sebab dah lama tak makan ikan. Tiba-tiba hari ni duit dia hilang.

“Jadi, patut ke mak saya beritahu ibu bapa budak-budak ni dan minta ganti balik. Saya nak gantikan pun saya sengkek,” katanya lagi.

Wanita memikirkan ke mana wang yang hilang. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib malang ibunya kerana punca pendapatan terjejas angkara perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, ada yang menyarankan ibunya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi merakamkan sebarang aktiviti serta mengenal pasti identiti si pencuri.

Wanita itu kemudian membalas, dia dan ibunya tidak mampu untuk membeli peranti berkenaan ketika ini.

“Mak nak beli ikan pun kais-kais duit, apatah lagi nak beli CCTV.

“Dah sorok, dah simpan semua dah. Tapi dia tahu juga kat mana nak cari. Budak ni akal dia panjang, yang dalam beg duit bapa saya pun mereka boleh curi.

“Tabung tu memang disorok, sedangkan saya sendiri pun tak tahu mak saya letak kat mana. Tapi budak tu dapat cari,” jelasnya yang buntu menyelesaikan isu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top