SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila disindir keluarga mentua gara-gara ingin bercuti ke Melaka.
Menerusi perkongsiannya di media sosial, wanita itu memaklumkan sejak berumah tangga inilah kali pertama suaminya meluahkan hasrat ingin membawa keluarga kecil mereka pergi bercuti.
Bagaimanapun katanya, ketika berborak santai di rumah mentua, suami terlepas cakap mengenai perancangan tersebut di hadapan ibunya.
Bangunan Stadthuys salah satu binaan ikonik di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong. – Foto Tourism Melaka.
“Ibu mentua tiba-tiba berseloroh kepada kakak ipar dia tak nak ajak kita pun ek, kakak? Dan aku rasa, kenapa ni?
“Sejak kami kahwin hingga anak nak masuk lapan bulan, kami tak pernah bercuti tau, bulan madu pun tak pernah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka pergi kenduri, desak menantu teman sampai kena ambil cuti! Anak-anak sendiri tak pula dipaksa ikut
Wanita itu berpendapat, ibu mentuanya tidak seharusnya membuat sindiran sedemikian memandangkan keluarga besarnya sendiri sedang merancang bercuti ke Thailand.
“Korang pergi Thailand pun tak ajak kami. Lepas tu nak sedih sebab tak ajak pergi bercuti sekali.
“Kalau nak ‘tong-tong’ (kongsi) sama-sama tak apa juga, ni tidak semua nak kami sponsor. Kami ni cakap je nak ke sana ke sini tapi nak pergi tu pun berfikir berjuta kali,” katanya,
Dia harapkan anak lelakinya untuk penuhi segala keinginan yang tak kesampaian.
NETIZEN
Menurutnya, jika mereka berkemampuan, tentu sahaja mereka sudi menaja ahli keluarga lain untuk bercuti bersama.
“Kalau kami ni berduit, tutup je mata nak belanja satu famili. Banyak je aku rasa tak adil tapi aku tutup mulut malas nak besarkan keadaan.
“Sampai satu masa kalau dah melampau sangat, jangan marah kalau aku buka segala pekung yang ada,” katanya.
Reaksi warga maya.
Menjawab soalan netizen yang bertanya mengenai bapa mentua, wanita itu menjelaskan bahawa ibu dan bapa mentuanya telah lama berpisah.
“Patutlah, dia dah tak ada suami, jadi dia harapkan anak lelakinya untuk penuhi segala keinginan yang tak kesampaian dulu.
“Saya pun pernah alami perkara yang sama masa awal perkahwinan, sebab suami memang anak lelaki yang paling menurut perintah antara empat beradik.
“Ayah mentua pula jenis ada tapi tak nampak, tak memainkan peranan,” antara komen warga maya.