NAMPAK saja mudah, tapi penatnya tugas sebagai seorang suri rumahhanya Tuhan saja yang tahu.
Namunseorang wanitatidak menyangka asbab suaminya bekerja dari rumah (BDR), iamembuka mata lelaki itu mengenai pengorbanannya selama ini.
“Tadi suami saya tiba-tiba cakap lepas ni tak payah masak hari-hari. Gilir-gilir jer. Hari ni masak, esok tak perlu dan begitulah seterusnya.
“Jadi, saya macam pelik. Eh kenapa? Lepas tu dia cakap… sebab saya tak nak awak penat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
Lebih dikenali sebagai Yana, dia mendedahkan perbualan tersebut timbul selepas suaminya bekerja dari rumah dan melihatnya melakukan rutin harian.
“Sebab hari ni dia WFH, jadi dia nampak macam mana rutin saya kemas rumah, vakum, mop, lepas tu basuh pakaian, memasak.
“Saya terus macam… padahal saya okay je,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Kerja dari rumah, kenapa hantar anak ke taska? Wanita stres fikir ‘mulut orang’, dengar jawapan suami terus sejuk hati
ARTIKEL BERKAITAN:Mentua suka hati terjah rumah, buat macam hotel… Wanita salahkan suami sebab baik hati bagi kunci, tiada lagi privasi
Namun jauh di sudut hati, Yana mengakui dia berasa sangat dihargai apabila suami melihat usaha dan kerja keras seorang isteri.
Tambahnya, sokongan dan kata-kata suami itu menaikkan semangat untuknya melakukan kerja-kerja rumah.
Macam mana isteri nampak struggle suami cari duit, harap suami pun nampak struggle kami juga.
YANA
ISTERI
“Makin semangat nak masak sedap-sedap lepas ni,” katanya.
Bersyukur dengan ‘berita gembira’ itu, bagi Yana, apa yang lebih penting adalah suami memahami dan menghargai setiap perkara yang dilakukan isteri terutamanya dalam rumah tangga.
Pekerja diberi peluang untuk melakukan kerja dari rumah atau di pejabat. -Gambar hiasan
“Kepada semua suami di luar sana, bini tak minta banyak pun. Kadang-kadang nak korang nampak je usaha kami.
“Macam mana isteri nampak struggle suami cari duit, harap suami pun nampak struggle kami juga,” luahnya.
Walaupun suami membenarkannya untuk berehat daripada ‘masuk’ ke dapur, namun Yana dengan berbesar hati mahu memasak.
“Sekarang tengah fasa suka masak sebab dah bosan nak makan luar, tak tahu nak makan kedai apa dah,” kata Yanalagi.