RSS Suria

“Hidup jangan susahkan orang” – Lelaki ditegur pakcik jiran sebelah rumah, marah parkir kereta depan pagar sendiri

BIASA kita dengar tentang pertelingkahan antara jiran yang tidak berpuas hatikerana meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain.

Namun berbeza pula dengan nasib seorang lelakiapabila dia dimarahi jiran kerana memarkir keretanya di hadapan rumah sendiri.

Hal ini diceritakan semula oleh rakannya menerusi satu coretan di media sosial.

Kereta diletak di bahu jalan adalah pemandangan biasa di kawasan perumahan. -Gambar hiasanKereta diletak di bahu jalan adalah pemandangan biasa di kawasan perumahan. -Gambar hiasan

“Kawan aku duduk dirumah sewa. Dia ada dua buah kereta, sebuah sahaja boleh parkir dalam rumah. Lagi sebuah terpaksa parkir luar.

“Dia bukan parkir dekat rumah jiran, dia letak depan rumah yang disewa tapi seminggu kemudian jiran sebelah datang tegur,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Jiran tak faham bahasa, gigih alih pasu bunga tepi rumah orang gara-gara nak parkir… Makin geram perangai buruk ‘menurun’ ke anak!

ARTIKEL BERKAITAN:Penduduk kuarters otai normalisasi cop parking, penghuni baru kena buli! Parkir awam buat ‘harta’, suka hati block kereta orang

Tambah pengadu jiran berpangkat pakcik berkenaan memintanya supaya tidak lagi meletakkan kenderaan di hadapan rumah sendiri.

“Kamu baru pindah, kan? Boleh tak jangan parkir kereta suka hati depan rumah,” kata pakcik itu.

Rakannya menyangka ada kes kecurian hingga dilarang meletakkan kereta di luar rumah, namun jawapan diberikan pakcik itu mengejutkan.

Pelik betul pakcik ni, nak letak kereta depan rumah sendiri pun boleh jadi isu.

NETIZEN

“Kamu dah ganggu pakcik nak keluar masuk parkir kereta. Pakcik nak masuk kereta dua buah dalam rumah, kena lalu jalan rumah kamu.

“Kena lurus baru boleh masuk, ni kamu pergi parkir depan rumah susah pakcik nak masuk.

“Hidup berjiran ni, kalau bolehjangan susahkan,” kata pakcik berkenaan tanpa didedahkan identiti.

Selain itu pakcik berkenaan juga meminta rakannya itu meletakkan keretanya di hujung bahu jalan perumahan.

Reaksi netizen.Reaksi netizen.

“Kawan aku malas nak layan, dia iyakan sahaja. Tapi kawan aku tu masih parkir depan rumah dia.

“Pelik betul pakcik ni, nak letak kereta depan rumah sendiri pun boleh jadi isu,” katanya.

Perkongsian itu bagaimana pun mendapat reaksi negatif kerana netizen beranggapan pakcik berkenaan tidak bersalah.

“Kawan kau salah, pakcik tu ada hak tegur… tu jalan bukan tempat parkir.

“Luar rumah bukan hak kita, tu jalan milik kerajaan. Kalau dia buat laporan memang pihak berkuasa boleh ambik tindakan,” kata netizen.

Scroll to Top