KETIKA ini boleh dikatakan kebanyakan keluarga yang berkemampuan mempunyai sebuah kereta bagi memudahkan urusan seharian.
Malah mungkin bagi sesetengah individu, memiliki kereta sama ada baru atau lama pada dasarnya dilihat seperti satu pencapaian, namun sebenarnya ia hadir bersama komitmen.
Tidak semua orang mampu menanggung kos-kos tertentu seperti bayaran ansuran, petrol dan sebagainya apatah lagi apabila komitmen bulanan semakin membebankan.
Begitu juga dengan situasi yang dikongsikan seorang individu ini dalam satu hantaran di laman sosial.
Dalam zaman yang serba mencabar kini, kita dinasihatkan untuk bijak merancang kewangan. -Gambar hiasan
Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, dia kini sedang menghadapi masalah kewangan sehingga tidak mampu melunaskan ansuran bulanan kereta miliknya.
Tidak menyatakan jumlah bayaran ataupun bulanan yang tertunggak, individu itu bagaimanapun mendedahkan dia kini berdepan dengan kebimbangan kerana keretanya boleh ditarik bila-bila masa.
ARTIKEL BERKAITAN:Famili ‘racun’ suruh beli kereta H, jurutera terkedu sengkek lepas dapat gaji – “Dah start bayar, baru rasa sakit”
ARTIKEL BERKAITAN:Kereta mewah dilelong, owner bukan sengkek! Memang tunggu bank tarik, bila-bila masa boleh bayar loan tertunggak
“Saya ada sebuah kereta yang buat sementara ni saya tak mampu nak bayar. Saya cuma guna untuk ambil dan hantar anak ke sekolah atau ke tempat berdekatan rumah je.
“Boleh ke saya tukar nombor plat kereta tu supaya kereta tak kena tarik?” tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman grup Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia.
Tambah individu tersebut lagi, dia buntu memikirkan solusi masalah kewangan dihadapinya dan dalam masa sama dilema kerana kereta tersebut adalah satu-satunya kenderaan yang dimiliki untuk kegunaan harian.
Bahaya tuan. Jangan ambil risiko. Nak elak daripada kereta kena tarik, nanti jadi isu lain pula.
NETIZEN
“Jangan kecam. Ini untuk kelangsungan hidup. Hidup dah stabil, saya bayar semula kereta tu,” tulisnya lagi.Menjengah ruangan komen, rata-ratanya memahami situasi individu berkenaan yang terdesak sehingga terfikir melakukan perkara yang tidak wajar.
Justeru, ramai yang tampil dengan pelbagai nasihat dan pandangan untuk dipertimbangkan sebagai solusi kepada masalah yang dihadapinya.
Netizen melontarkan pandangan berhubung situasi individu berkenaan.
“Bahaya tuan. Jangan ambil risiko. Nak elak daripada kereta kena tarik, nanti jadi isu lain pula.
“Kautim dengan adik-beradik je… Jangan libatkan orang luar.
“Better jangan buat benda salah, cuba downgrade saja. Kalau boleh pakai motosikal saja. Kalau perlu juga kereta, let gokereta tu dan pakai kereta kecil atau second hand,” demikian antara komen netizen.