DALAM kehidupan ini, tidak semua indah belaka.
Dalam era media sosial dan digital, semakin ramai dilihat mahu mengejar status dan menunjukkan kehidupan mewah.
Mereka beranggapan dengan cara itu dapat kekal relevan mengikuti trend dan menjadi perhatian para pengikut masing-masing.
Namun dalam keterujaan itu, seorang wanita tampil mendedahkan realiti segelintir individu yang terlalu taksub dengan gaya hidup mewah.
Ramai yang gemar membeli-belah untuk menunjukkan kemewahan. -Gambar hiasan
Menurutnya, ramai dilihat berharta secara luaran, tetapi hakikatnya sengek dari segi pengurusan kewangannya.
“Saya selalu perasan generasi Gen Z terutamanya remaja perempuan, hidup mereka sangat boros, sampai kita tengok pun rasa lain macam. Mereka ni usia masih muda, tapi sudah bercuti ke luar negara, merata tempat pergi.
“Produk kosmetik pula megah semuanya, itu sebab kulit mereka jadi putih mulus. Kalau soal penampilan jangan cakap la, mereka paling bergaya pemakaiannya. Kemudian aksesori lain seperti beg tangan pasti berjenama besar.
ARTIKEL BERKAITAN: Ziarah kawan B40, hidup susah rutin guru setiap minggu! Jadi tempat mengadu, kadang sampai terlupa masalah sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Seram’ anak muda sanggup buat personal loan demi ‘dunia tipu-tipu’! Tunjuk kaya beli barang mewah, pergi melancong
“Jadi saya terfikir, mereka ni senang betul ke buat duit? Mungkin zaman digital, buat content je dah boleh ada duit masuk, sebab itu mereka berkemampuan untuk memiliki gaya hidup yang sedemikian. Tapi ternyata saya salah.
“Apabila saya bersembang dengan kawan yang bekerja di bank, segelintir mereka tak besar mana pun pendapatan. Ramai yang berhutang keliling pinggang sehingga mencecah RM50,000. Biar betul, seram woi,” ujarnya.
Tambahnya, keadaan itu membuatkannya terfikir bagaimana kumpulan anak muda ini akan melunaskan hutang-hutang mereka dengan mengamalkan gaya hidup sebegitu.
Selain berhutang, mereka ni boleh hidup mewah sebab mak ayah kaya.
WARGA MAYA
“Saya tak nafikan, zaman saya muda dulu pernah juga buat macam ni, ambil dua kad kredit serentak yang masing-masing hadnya RM15,000. Jadi saya berhutang RM30,000, itupun azab juga untuk saya nak langsaikan.
“Bayangkan kalau RM50,000 atau lebih, itu tak kira lagi jika mereka buat pinjaman peribadi. Saya faham ada je Gen Z yang bekerja keras dan pandai buat simpanan, tapi ramai juga yang mengamalkan gaya hidup sebegini.
“Kita yang fikirkan ni pun takut, boleh gelap masa depan,” ujarnya mengakhiri luahan.
Pelbagai pandangan dan reaksi warga maya.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba turut tertanya-tanya mengenai sumber pendapatan dan kehidupan generasi Gen Z.
“Selain berhutang, mereka ni boleh hidup mewah sebab memang mak ayah kaya, semua harta diturunkan kepada mereka sahaja. Tak perlu pun nak bekerja keras, anggaplah mungkin rezeki mereka.
“Ataupun kalau cara ‘kotor’, mereka ni ada sugar daddy, dengan berbekalkan paras rupa jelita dan badan menggiurkan, dompet boleh jadi tebal sekelip mata,” demikian antara komen warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube