RSS Suria

Hubungan makin mesra, Keith Foo hantar Riena Diana ke masjid tunai solat raya

PELAKON Riena Diana tidak lagi menyembunyikan kebahagiaan dirasainya apabila secara terbuka berkongsi kemesraan bersama aktor Keith Foo.

Ia susulan Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkongsi foto bersama Keith di dalam kereta yang menghantarnya menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi Isnin.

“Terima kasih kerana ambil dari rumah dan hantar saya ke masjid pagi ini,” katanya ringkas.

Riena turut mengucapkan selamat hari bapa buat Keith.

Riena turut mengucapkan selamat hari bapa buat Keith.

Riena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Isnin.

Menerusi perkongsian dibuat, Riena berkongsi foto yang memaparkan dia lengkap memakai telekung bersama Keith di dalam kereta.

Sebelum itu, pelakon drama Kampung People ini juga memuat naik hantaran mengucapkan selamat hari bapa kepada Keith iaitu lelaki yang sudah berjaya mencuri hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asalkan bukan suami orang” – Riena Diana tak nak sorok hubungan dengan Keith Foo, lebih baik jujur sebelum kantoi

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Tahun Baru Cina tanpa Sky, bekas isteri dakwa Keith Foo lama tak mesej nak jumpa anak

“Selamat hari bapa kepada lelaki yang sudah mencuri hati saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Riena mengakui dirinya sudah menemui kebahagiaan yang dicari selepas menjalinkan hubungan mesra bersama Keith atau Foo Chuan Chin, 41.

Kata Riena hubungan mereka mula terjalin selepas digandingkan bersama dalam sebuah drama berjudul Salju Rindu.

Untuk info, Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 namun pasangan ini bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top