PELAWAK dan usahawan Shuib menganggap hutang mencecah puluhan juta ringgit yang sedang ditanggungnya adalah perkara biasa memandangkan dia membuka perniagaan berskala besar.
Bagaimanapun kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, dia berjaya membayar sebahagian hutang miliknya hanya dalam tempoh dua bulan.
“Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.
Shuib bersyukur hutang semakin berkurang.
“Saya percaya apabila buat perniagaan bernilai jutaan ringgit, hutangnya pun begitu juga,” katanya kepada mStar.
Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran restoran Nasi Bakar Bangkit di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.
Restoran cawangan di Bandar Permaisuri, Cheras itu turut melantik anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin sebagai duta restoran berkenaan.
Dalam pada itu, Shuib memberitahu setiap bulan dia akan berkunjung ke beberapa agensi kerajaan bagi berbincang cara terbaik menyelesaikan hutang tertunggaknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Mamat tak sangka dapat tunai umrah dengan Shuib, kenang erti persahabatan di Tanah Suci
ARTIKEL BERKAITAN:Fikirkan masa depan, Shuib dan Watie dah sedia timang anak
Kata Shuib dia bersyukur kerana semua pihak yang terbabit banyak membantu dan memberi nasihat agar dia dapat menyusun pembayaran dengan baik tanpa culas.
“Dalam sebulan memang akan jumpa pihak agensi kerajaan, tiada masalah dan semakin baik.
“Kami berbincang cara pembayaran dan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini,” jelasnya.
Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.
SHUIB
PELAWAK DAN USAHAWAN
Selain pihak bank, hutang Shuib turut membabitkan beberapa agensi kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Melihat kepada perkembangan perniagaannya semakin positif, Shuib yakin mementum itu dapat dikekalkan sekali gus membantunya melunaskan hutang tetap pada waktu.
Janji Shuib, dia tidak akan lari daripada tanggungjawab dan akan melangsaikan hutang-hutang ditanggungnya.
Matin dilantik menjadi duta restoran Nasi Bakar Bangkit.
“Saya melihat perniagaan saya sedang meningkat kembali. Jadi saya harap ia terus berkekalan.
“Perniagaan memang akan ada turun naik. Jangan risau saya akan berusaha selesaikan dan percaya Allah akan bantu dan permudah urusan saya,” katanya.
Pada Februari lalu, Shuib mengaku menanggung hutang mencecah puluhan juta ringgit selain berdepan tindakan mahkamah susulan gagal membayar caruman Perkeso selain didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!