ATURCARA perjalanan mesyuarat PersatuanIbu Bapa dan Guru (PIBG) yang meleret dengan pengisian tidak sepatutnya menjadi antara punca ia tidak mendapat sambutan.
Di TikTok, isu itu dibangkitkan seorang individu dengan antara lain menyentuh tentang kegagalan pengurusan masa.
Selain itu tindakan sesetengah PIBG yang suka menjemput pihak luar sebagai perasmi mesyuarat juga dilihat sebagai tidak relevan.
Penglibatan ibu bapa penting untuk kejayaan anak-anak.-Gambar hiasan
“Sebab itu ibu bapa tak mahu datang mesyuarat agung PIBG, sebab perjalanan mesyuarat tak ikut masa.
“Kita melayan perasmi tu macam-macam, yang tukang rasmi tu pun patut datang pukul 2.20 petang, dia datang pukul 3 petang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Segera muncul kalau suruh ambil duit, tapi mesyuarat PIBG liat nak datang! Guru tegur sikap ibu bapa lepas tangan
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu anak berjaya tapi kedekut bagi sumbangan PIBG! Ibu bapa disaran contohi MRSM, SBP, SJKC
Pemilik akaun TikTok itu turut berkongsi videokeadaan sebuah dewanyang tidak dihadiri ramai ibu bapa dengan banyak kerusi kosong.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi sekolah.
Kadang jemput orang yang tak sepatutnya rasmi, jemput orang politik.
NETIZEN
Dalam video sama dia turut merakamkan acara menyambutkehadiran perasmi yang meriah termasukpertunjukkan silat.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui masing-masing bosan dengan mesyuarat PIBG.
“Bukan ibu bapa saja, cikgu pun meluat nak mai mesyuarat PIBG.
Reaksi netizen
“Kadang jemput orang yang tak sepatutnya rasmi, jemput orang politik, cakap pasal politik dalam perasmian.
“Agenda mesyuarat PIBG dah terlalu kuno. Banyak buang masa.
“Sebenarnya bukan ibu bapa ja meluat. Cikgu pun meluat nak-nak lagi jemput VIP,” kata netizen.