KELAS Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) diwujudkan bagimembantu murid-murid tahun satu hingga enam memahami agama Islam dan memperkukuhkan akidah.
Masa pengajian Kafa juga seperti sekolah harian biasa sama ada sesi pagi atau petang, bergantung kepada sesebuah sekolah.
Namun seorang guru melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir ibu bapa yang mendakwa Kafa tidak relevan dan memberi tekanan kepada anak-anak.
Kafa dibuka kepada murid tahun satu hingga enam. -Gambar hiasan
“Kafa dah wujud bertahun-tahun, bukan dua, tiga tahun. Kenapa sekarang ada yang kata nak tempat ni memberi stress?
“Ada yang kata… tak perlu masuk Kafa lagi, mereka masih kanak-kanak. Biarkan mereka berseronok. Biarkan mereka bermain.
“Kalau kerajaan rasa Kafa ni tak bagus atau tak perlu, mungkin dari dulu lagi dah tak wujud atau tak relevan,” katanya.
Bagi wanita berkenaan segalanya terpulang kepada ibu bapa dalam mencorakkan kehidupan anak khususnya bagi menyeimbangkan antara pendidikan dan alam kanak-kanak.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak-anak belum sedia hadapi UPKK gara-gara tak kuasai tulisan jawi? Jangan risau, Hatimurni boleh bantu
ARTIKEL BERKAITAN:Jangan ambil mudah, akidah umat Islam kian terancam… Teguhkan identiti ahli Sunah Waljamaah di Malaysia dan nusantara
“Kafa cuma tempat di mana anak-anak boleh menambah ilmu.Mereka tak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa,” katanya.
Jelasnya, golongan itu masih boleh menikmati zaman kanak-kanak sambil menambah ilmu.
“Penat? Itu biasa. Bermain pun penat. Cuma pastikan mereka mendapat rehat yang cukup, insya-Allah okay.
“Mereka tetap kanak-kanak tak kira apa kelas yang mereka sertai. Kalau anda rasa anak anda tak suka kelas tersebut, cuba cari kelas yang lebih sesuai.
“Tak ada stres yang tak perlu apabila belajar atau menambah ilmu. Macam tak elok pula nak cakap begitu, padahal tujuannya nak tambah ilmu, tapi ilmu pula dipersalahkan,” katanya.
Mereka tak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa.
GURU
Tambahnya, situasi kelas Kafa sama seperti menghantar anak ke tempat atau institusi lain bagi menambah ilmu atau memperbaiki diri.
“Kalau anda rasa nak fokus anak anda pada membaca, hantar mereka ke kelas membaca.
“Nak fokus sukan atau permainan, hantar ke tempat di mana anak anda boleh belajar seperti taekwondo, berenang atau bola sepak,” katanya.
Pandangan guru terbabit disokong netizen yang mengakui ketika usia kanak-kanak mereka gembira ke Kafa walaupun sarat dengan aktiviti lain.
Reaksi netizen
“Dulu waktu pagi pergi sekolah (kebangsaan), tengah hari pergi Kafa, petang main, malam mengaji. Balik mengaji siapkan kerja sekolah.
“Kalau terbayang balik, memang penat tapi enjoy buat semua tu sebab dapat jumpa kawan. Kenapa mak pak sekarang bising?
“Saya hantar kedua-dua anak ke Kafa sebab tahu saya tidak memiliki banyak ilmu, terutamanya dalam pendidikan Islam.
“Sebagai seorang ibu, saya mahu anak-anak saya jadi lebih baik daripada saya,” kata warga maya.