BARU berusia 18 tahun, namun apa yang dialami remaja ini amat menyedihkan.
Satu keadaan yang sangat mengejutkan apabila dia dinafikan hak untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi oleh ibu bapanya.
Bukan itu sahaja, remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu diminta menampung pendapatan keluarga dengan gaji asas sebanyak RM1,700.
“Aku tak dapat sambung belajar disebabkan kewangan keluarga, kalau aku mohon bantuan kerajaan pun, mereka tetap tak bagi.
Anak sering dipaksa membantu menyelesaikan masalah kewangan keluarga. -Gambar hiasan AI
“Mereka suruh aku tolong sambung bayar bil rumah dengan gaji RM1,800, jumlah yang dah campur dengan OT (kerja lebih masa),” ujarnya ringkas.
Bagi pengadu, pendapatan bulanan yang diperoleh itu bukanlah jumlah yang besar.
Namun dia cuba untuk membuat simpanan supaya dapat menyambung pengajian pada tahun hadapan.
ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak suruh anak sambung belajar, ibu daftar sekali! Dua beranak ini akhirnya dapat ijazah – "Ikutkan saya malas, selesa cari duit"
ARTIKEL BERKAITAN: Bergelut fikir duit, ibu tunggal berhentikan sekolah 2 anak… Permohonan zakat lulus baru sambung belajar semula
Bagaimanapun usahanya itu turut dihalang oleh ibunya atas alasan sama iaitu masalah kewangan keluarga.
“Mak tak bagi saya simpan RM600 sebulan, dia cakap RM200 je dan baki tu guna bayar barang rumah.
“Bulan Ogos pula saya kena tolong bagi RM500 untuk bayar cukai jalan kereta ayah.
Cukai jalan kereta ayah pun kena tanggung, melampau sangat tu.
WARGA MAYA
“Nak buat lesen pun mereka tak bagi,” adunya lagi.
Lebih merunsingkan apabila dia juga tidak dibenarkan untuk menukar kerja kerana bimbang gaji yang diperoleh lebih rendah berbanding sekarang.
Meskipun memahami masalah kewangan yang dihadapi ibu dan ayahnya, namun jauh di sudut hati dia ingin menjalani kehidupan seperti remaja lain.
Kebanyakan warga maya memintanya meneruskan pengajian.
Luahannya itu mengundang simpati warga maya.
Kebanyakannya melahirkan rasa geram dan marah terhadap ibu bapa pengadu yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada anak.
“Kes lepas tengkuk dekat anak yang baru nak kenal hidup, tapi apa pun ikut kau sebab kau yang laluinya.
“Pentingkan diri sendiri dulu, awak baru habis sekolah dan masih muda. Tolong ikut kemampuan awak dan awak pun masih ada ayah lagi… itu tanggungjawab dia.
“Tu bukan tanggungjawab awak untuk uruskan keluarga, ayah yang patut tunaikan nafkah awak untuk belajar, keluarlah dari keluarga tu sekejap,” demikian reaksi warga maya.