RSS Suria

Ibu bekerja serba salah asyik ‘hilang’ dari pejabat, alasan sebab anak… Nak berhenti kerja sayang pula ada duit sendiri

SUDAH memiliki kerjayayang baik namun seorang wanita berdepan ujian apabila anaknya sering tidak sihat hingga dia terpaksa mengambil cuti.

Begitulah keluhan seorang wanita yang sering mengambil cuti kerana mahu menjaga anak kecilnya yang berusia dua tahun.

Tanpa mendedahkan masalah kesihatan anaknya itu, namun timbul perasaan bersalah dalam dirinya sehingga terdetik mahu berhenti kerja.

Komited melakukan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan

“Kerap ambil cuti sebab anak, kita pun serba salah juga asyik ambil cuti je.

“Agak-agak patut ke resignsekejap untuk jaga anak, mungkin untuk beberapa tahun?” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu terkedu lihat bayinya berpanas di khemah ikan bakar bazar, pengasuh kantoi bisnes cari duit raya

ARTIKEL BERKAITAN:Anak meragam lepas orang tak dikenali datang usap kepala, kejadian sebelum waktu berbuka kekal misteri

Menurut wanita berusia 30-an itu, timbul persoalan sama ada mudah untuk mendapatkan pekerjaan selepas usianya mencecah 40 tahun kelak.

“Agak-agak nanti, ada ke orang nak ambil kerja apabila usia nak 40 tahun? Suami ada je suruh resign, tapi kita rasainsecure.

“Nak juga ada duit sendiri, saya berbelah bagi. Tapi itulah, macam susah pula nak ambil cuti sekarang sebab cuti dah habis,” ujarnya.

Kalau nak hantar anak kat orang, kami laki bini memang tak percaya orang.

WANITA

Selain mengambil cuti, dia juga sering meminta bantuan ibu mentua untuk menjaga anaknya.

“Mak mentua pun dah mula asyik ambil cuti sebab nak berjalan. Kita fikir juga, dia pun nak relaks. Nak hantar anak kat orang lain jaga, tak yakin pula,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia pernah mengambil cuti kecemasan (EL) selama seminggu semata-mata untuk menjaga anaknya yang sakit.

Menjana pendapatan demi menyara kehidupan keluarga. -Gambar hiasan

Pada masa sama, dia tidak mahu menambah beban kepada rakan-rakan sekerja kerana melakukan tugasan tambahan setiap kali dia bercuti panjang.

“Hari tu EL sampai seminggu. Harap-harap sihat lahendaknya. Kita pun berbelah bahagi ni.

“Sebenarnyakasihan kat kawan. Asyik back up kerja kita, tu yang nak resign sebab tak nak rasa serba salah,” katanya.

Mengenai hasratnya itu, katanya, dia hanya bercadang untuk berhenti kerja selama dua atau tiga tahun sebelum kembali bekerja.

“Saya mungkin dua hingga tiga tahun je stop kerja. Mungkin sambung balik selepas anak dah besar sikit.

“Semuanya ikut keizinan suami. Kalau nak hantar anak kat orang, kami laki bini memang tak percaya orang,” tegasnya.

Scroll to Top