HUBUNGAN baik antara anak lelaki dengan pensyarah wanita dari sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terletak di Melaka menimbulkan rasa kurang senang seorang ibu.
Menerusi perkongsian di media sosial, si ibu meluahkan rasa bimbang dengan kemesraan anak bujangnya dan pensyarah berstatus isteri orang itu.
Diibaratkan seperti ‘sugar mummy’, pensyarah yang sudah memiliki tiga cahaya mata tersebut didakwa sanggup berhabis duit untuk pelajar kesayangannya itu.
Pelajar diberikan barangan mewah dan dijanjikan keputusan peperiksaan yang cemerlang. -Gambar hiasan AI
“Setiap hari mesti bersembang dari pukul 11 malam ke atas. Dia spend macam-macam dekat anak saya dan mereka kerap keluar berdua,” demikian cerita si ibu.
Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, wanita berkenaan berkata sebagai ibu dia sudah puas menasihati dan memberi amaran kepada anaknya namun ia sama sekali tidak diendahkan.
“Dekat fikiran dia hanyalah tentang keseronokan apabila dimewahkan dengan pelbagai barang serta gred A (subjek pelajaran) dalam genggaman.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar menyesal serah tubuh! Pensyarah mungkir janji nak bagi result bagus, bukan setakat tak dapat A malah digagalkan
ARTIKEL BERKAITAN: Alumni universiti ‘spill the tea’ dedah pensyarah gay ligat cari mangsa pemuas nafsu songsang, siap ajak pelajar teman mandi!
“Saya takut jadi kes laki dia (suami pensyarah) datang pukul atau bunuh anak saya je,” kata wanita itu penuh bimbang.
Tambah pengadu jawapan yang diberikan anaknya apabila ditegur cukup memeranjatkan.
“Seriously… anak saya jawab dia seronok dapat macam-macam.
Pensyarah tu spend macam-macam dekat anak saya dan mereka kerap keluar berdua.
IBU
“Kemudian dia memang target nak dapat A untuk subjek yang diajar pensyarah wanita berkenaan… tu je,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet menasihati wanita berkenaan agar membuat laporan kepada pihak atasan mahupun Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) untuk tindakan lanjut.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan penukaran institusi pengajian anaknya sebagai jalan terakhir.
Komen warga Thread.
“Mungkin nasihat dah tak jalan, elok bersemuka terus je dengan pensyarah tu.
“Kalau dua pihak sama-sama nak pun susah juga. Tapi boleh buat aduan dekat pengurusan universiti untuk bawa isu ke orang atasan.
“Ni kalau kantoi dekat bahagian pengurusan, tak mustahil dua-dua kena buang. Pensyarah tidak mengapa la, budak ni baru je nak kenal dunia,” kata sebahagian warga maya.