RSS Suria

Ibu enggan daftar anak masuk sekolah, takut diam-diam si manja belajar mencarut – “Jahat ke saya?”

KES buli dan gejala sosial melibatkan pelajar sekolah yang banyak didedahkan di media sosialsejak kebelakangan ini cukupmerisaukan orang ramai terutamanya ibu bapa.

Dek kerana itu jugaseorang ibu merancang supayaanaknya menjalani kaedah persekolahan di rumah atau homeschool.

Namun pada masa sama, wanita berkenaan tertanya-tanya sama ada hasratnya itu merupakan langkahtepat atau sebaliknya.

“Adakah salah kalau saya rasa macam tak nak hantar anak ke sekolah? Terlalu banyak tengok kes buli, kes liwat dan rogol.

“Ini termasuk kes terpengaruh dengan rakan sebaya. Saya tak nak anak saya jadi salah satu mangsa atau pemangsa,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Seorang ibu memikirkan masa depan anaknya. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, wanita itu turut mempersoalkan adakah dia merupakan ibu yang mementingkan diri sendiri kerana mahu anaknya menjalani proses pembelajaran dari rumah.

“Jahat ke saya? Tak boleh ke bagi anak belajar kat rumah je?” soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anggap silibus mengarut sampai terfikir nak homeschooling anak, cikgu bidas pemikiran cetek mak ayah!

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu sedih anak darjah 2 dibuli rakan sekelas, kena ‘pulau’ sebab tak fasih cakap Melayu… Cikgu tanya pun buat muka ‘blur’

Wanita tersebutkemudian tampil mendedahkan bahawa kini anaknya baru berusia tiga tahun namun dia sudah mula berfikiran jauh mengenai persekolahan si kecil itu.

Jelasnya, dia bagaimanapun tidak mempunyai masalah untuk menghantar anaknya ke tadika seperti kanak-kanak lain.

“Sampai bila nak ‘simpan’ anak? Kita pun bukan boleh selamanya bersama anak.

NETIZEN

“Nak hantar masuk tadika okey saja sebab saya akan pilih tadika yang betul-betul elok.

“Tapi masuk sekolah rendah nanti,circle jadi makin besar dan makin susah nak kawal,” ujarnya.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mahu anaknya terpengaruh melakukan perbuatan tidak baik, bahkan juga mempengaruhi perkara negatif kepada rakan-rakan.

“Saya tak nak anak mencarut sebab terpengaruh dengan kawan-kawan. Saya juga tak nak dia ajar benda yang tak baik dekat kawan-kawan dia.

Seorang ibu mahu memastikan yang terbaik untuk anak-anak -Gambar hiasan

“Beratnya hati. Tak mampu nak reda jika apa-apa jadi dekat dia. Saya tahu doa tu kena sentiasa tapi macam mana nak sedapkan hati ni,” luahnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan hasrat wanita itu dengan memberikan pelbagai reaksi dan pandangan.

“Sampai bila nak ‘simpan’ anak? Kita pun bukan boleh selamanya bersama anak.

“Boleh je homeschool. Tapi kena sedia hakikat yang dia juga akan hidup di dunia luar apabila sampai masanya.

“Anak-anakperlu perkembangan sosial, belajar berkawan denganpelbagai perangai manusia. Jadinya dunia ni keras. Risau mana pun kita, anak-anaksendiri yangakan berhadapan denganrealiti dunia nanti,” komen netizen.

Scroll to Top