MENERIMA wang dalam jumlah besar sepatutnya menjadi satu peluang untuk mengukuhkan masa depan, melangsaikan hutang atau menyumbang kepada perkara yang memberi manfaat berpanjangan.
Namun berlainan pula dengan seorang warga emas ini yang boros berbelanja sehingga wang hibah diterimanya berbaki hanya kira-kira 10 peratus daripada jumlah yang diterima.
Meluahkan kekesalan di laman sosial, anak kepada warga emas berkenaan mendedahkan ibunya membelanjakan wang berjumlah RM800,000 untuk perkara tidak masuk akal dalam tempoh setahun sahaja!
Konflik dalam keluarga boleh tercetus apabila membabitkan isu kewangan. -Gambar hiasan AI
“Mak aku habiskan RM800,000 dalam setahun (duit hibah). Tak beli tanah, tak buat rumah, tak buat wakaf, infak ke apa. Belum pergi haji. Emas keluar masuk kedai pajak.
“Sekarang tinggal berapa puluh ribu je. Saya tak boleh bayang macam mana resahnya dia apabila duit dah habis. Duit bukan hasil titik peluh sendiri memang jadi boros.
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat hibah RM1 juta selepas bapa meninggal, wanita rancang berhenti kerja… Bakal suami belum tahu dah jadi orang kaya segera
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dapat hibah lepas kematian suami, adik ipar ‘meroyan’ ibu tak merasa duit arwah – "Tak reti nak hulur sikit ke?"
“Seumur hidup tak pernah pegang duit banyak macam tu. Kalau orang berjudi tu merugikan. Ini berbelanja cara halal pun lebur. Pengurusan wang yang gagal,” tulisnya pada hantaran berkenaan.
Individu tersebut turut menyenaraikan beberapa perbelanjaan yang dianggap membazir dilakukan ibunya.
Selain membeli dan kemudian memajak emas, ibunya tanpa berfikir panjang turut membantu pelaburan seorang rakan sehingga mengorbankan sekitar RM50,000.
Kalau orang berjudi tu merugikan. Ini berbelanja cara halal pun lebur.
PENGADU
“Asalnya kawan nak pakai duit. Dia dahulukan. Bayarnya tak lagi. Contoh pemborosan yang terbaru, beli lembu 10 ekor untuk korban. Sedekah? Mulia? Kami tengok macam lebih kepada nak nampak menyumbang je.
“Its okay. Biar je, tak ada duit nanti terdiamlah tu,” tulisnya lagi.
Menurut individu berkenaan, sebagai anak, dia sudah menasihati ibunya namun ia ibarat mencurahkan air ke daun keladi.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap individu berkenaan namun dalam masa yang sama meyarankan supaya dia mengambil tindakan agar ibunya tidak menyesal di kemudian hari.
Ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa, apabila ahli keluarga sendiri menganggap wang hibah atau warisan sebagai ‘durian runtuh’ yang boleh dibelanjakan sesuka hati, tanpa merancang masa depan atau keperluan jangka panjang.