SIAPA sangka murid sekolah rendah yang disangka naif rupanya bijak menipu bagi meraih markah yang tinggi dalam ujian.
Seorang ibu meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anak perempuannya yang berada di tahun empat menjadi mangsa tindakan tidak jujur rakan sekelas ketika peperiksaan Bahasa Arab.
Dakwa wanita berkenaan, nama anaknya yang ditulis pada kertas jawapan telah dipadam oleh seorang rakan sekelas.
Kemudian, rakannya menggantikan nama di ruang kosong itu dengan namanya sendiri, dipercayai bertujuan untuk mendapat markah tinggi.
Ibu bapa perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru. -Gambar hiasan
“Rakan sekelas anak padam nama anak aku kat kertas ujian Bahasa Arab dan tulis nama dia kat kertas anak aku.
“Macam mana la boleh jadi gitu ya? Musykil betul, baru darjah empat, perempuan pula tu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Percubaan tanya jawapan daripada guru gagal, murid guna teknik ‘tradisi’ baling pemadam jawab soalan exam
ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah ‘sentap’ terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak
Luahan tersebut turut mendapat reaksi dalam kalangan ibu bapa lain yang mengalami situasi serupa.
Selain itu, seorang guru turut tampil berkongsi bahawa kes tersebut bukanlah sesuatu yang asing di sekolah rendah.
“Saya sebagai cikgu memang ada jumpa kes macam ni. Budak sekolah rendah walaupun masih kecil, sangat ramai pandai menipu.
“Sebab tu saya senyum je bila ramai ibu bapa cakap, budak kecil tak pandai menipu,” katanya.
Rasanya lepas ni kena tulis nama dengan pen. Tak boleh padam.
NETIZEN
Tambah guru berkenaan, isu seperti ini sepatutnya tidak dipandang ringan dan wajar disiasat serta direkodkan dalam sistem sekolah.
“Mana boleh tak layan, kena siasat, jumpa murid dan ibu bapa kalau betul. Perkara ini perlu direkodkan dalam sistem,” katanya.
Reaksi netizen.
Ibu kepada murid itu turut memberitahu bahawa perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada guru subjek Bahasa Arab dan kini menunggu tindakan selanjutnya.
Dia turut menyuarakan harapan agar ibu bapa pelaku turut dimaklumkan tentang insiden tersebut.
Warga maya juga memberi beberapa cadangan bagi mengelak kejadian serupa berulang.
“Rasanya lepas ni kena tulis nama dengan pen. Tak boleh padam. Berani betul budak zaman sekarang,” katanya.