RSS Suria

Ibu ‘wakilkan’ anak perempuan puaskan nafsu suami tiap kali datang bulan, buat pekak dengar jeritan sakit

SEORANG wanita tular di TikTok selepas dia membuat pendedahan mengejutkan tentang arwah suami serta anak-anaknya.

Menerusi video yang dikongsi, wanita itu pada mulanya menceritakan kisah diadiganggu ah long kerana hutang-hutang lampau arwah suaminya.

Namun ketika ditanya tentang keberadaan anak-anaknya, wanita itu mendedahkan dia kini hidup sebatang kara kerana dosa lampau.

Kes haruan makan anak sudah kerap dilaporkan di negara ini. -Gambar hiasan

“Anak-anak akak takcontact dan tanya khabar. Mereka marah akak, sebab akak biarkan suami pukul dan dera mereka. Saya cuma diam tengok je,” luah wanita itu.

Menerusi video sama, wanita itu mendakwa salah seorang anak perempuannya juga pernah menjadi mangsa nafsu serakah arwah suaminya.

Lebih mengejutkan, wanita itu berkata ia berlaku sejak mangsa masih kecil, namun dia tidak pernah bertindak menghalangnya.

Tiap-tiap kali akak datang period, ayah tiri dia paksa layan.

IBU

“Rasa berdosa sangat dekat anak perempuan akak yang sulung tu. Akak biarkan apa je ayah tiri dia buat dekat dia. Sejak dia kecil lagi.

“Tiap-tiap kali akak datang period, ayah tiri dia paksa layan. Selalu dengar dia menjerit minta tolong, sebut nama akak dan cakap sakit. Tapi akak biarkan je,” kongsinya lagi.

Video pendedahan wanita itu dikongsi menerusi akaun TikTok Ariff Peter.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki dianggap susahkan anak bini sebab trauma pernah dirogol bapa tiri, isteri minta cerai tak tahan sikap ‘overprotective’

ARTIKEL BERKAITAN:Tragis! Budak 11 tahun sempat buka cerita dirogol bapa tiri kepada ibu sebelum meninggal dunia di hospital

Sehingga kini, video itu menerima 60,000 tontonan.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang melabelwanita itu sebagai ibu zalim.

Sorry. Kalau aku jadi anak pun memang aku tak nak balik dekat mak macam ni.

Kanak-kanak tidak sepatutnya dijadikan sebagai objek seks orang dewasa. -Gambar hiasan

“Patutlah anak-anak dah tak ambil tahu. Mak apa macam ni? Dah terlambat nak nangis.

“Sebab tu lepas kematian suami saya tak kahwin walaupun ada yang mahu.

“Kau memang tak layak jadi mak. Sekian. Aku geram,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top