RSS Suria

Ieda Moin ada sebab jalani bariatrik, terharu suami tak geli cuci ‘perut’

PELAKON Ieda Moin selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang Rabu lalu.

Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 45, berkata, dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu selepas mendapat nasihat doktor susulan beberapa masalah kesihatan dihadapinya.

“Saya ada diabetes, darah tinggi dan baru-baru ini bacaan pankreas saya juga meningkat. Kalau tidak dirawat boleh menjadi kanser.

“Jadi doktor nasihatkan saya melakukan pembedahan itu bagi mengawal semua masalah kesihatan saya hadapi walaupun saya bukan dalam golongan obesiti.

ieda 1

Ieda kongsi suami cuci usus perut.

“Kalau kurus saya anggap bonus tapi paling penting penyakit sedia ada boleh dikawal atau pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Ieda ada berkongsi video di Instagram miliknya selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Dalam pada itu, Ieda bersyukur apabila suaminya iaitu Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman memberi keizinan dia melakukan pembedahan tersebut kerana turut bimbang tentang kesihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami meninggal dunia… Ieda Moin jaga hubungan baik hingga nafas terakhir, sedih anak hilang bapa tercinta

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noorkhiriah bantu penghijrahan Ieda Moin… Tak dapat bayangkan berpisah selepas 20 tahun bersahabat

Apa membuatkan dia terharu apabila Amril sanggup mencuci perut yang dipotong tanpa rasa geli sebelum ia ditanam.

“Suami izinkan sebab dia tahu penyakit saya macam mana dan Alhamdulillah dapat kesan awal.

“Apa buat saya terharu, suami rela hati tolong cuci dan tanam perut yang dipotong.

Selera makan pun tak ada dan rasa cepat kenyang.

IEDA MOIN

PELAKON

“Dia cuci macam basuh uri sebab nak buang bau hanyir sebelum tanam ditempat yang selamat,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaannya ketika ini, Ieda memberitahu berat badannya telah turun sebanyak dua kilogram selepas pembedahan.

Ketika ini juga kata Ieda, dia hanya minum susu sementara menanti tempoh pemulihan yang disarankan doktor.

ieda 3

Ieda dan suami sebelum lakukan pembedahan.

“Sekarang saya pun dah balik rumah. Dua minggu pertama ini saya minum susu sahaja, dan dua minggu lagi hanya makan makanan dalam bentuk puri.

“Berat badan pun dah turun daripada 73 kilogram sebelum pembedahan kepada 71 kilogram. Tak berapa selera kalau makan dan cepat kenyang.

“Hirup sup dua sudu pun dah rasa kenyang,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top