ALAT tulis dan bunga antara hadiah popular yang diberikan murid kepada pendidik setiap kali tibanya Hari Guru yang disambut pada16 Mei setiap tahun.
Bagi pelajar yang ibu bapanya berkemampuan, mereka menghargai guru dengan memberikan barangan lebih mahal atau mewah.
Seorang guru wanita di Perak berkongsi momen indah sambutan Hari Guru pada Jumaat apabila dia menerima hadiahbarangan dapur.
Barangan kemas, tudung berjenama juga menjadi antara hadiah Hari Guru. -Gambar hiasan
Sos cili, rempah ratus dan minyak masak adalah antara hadiah yang diterimanya.
“Sesungguhnya cikgu suka sangat dapat hadiah macam ni. Pastinya cikgu akan guna.
“Terima kasih atas ingatan anak-anak,” kongsinya di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN:Barang jenama mahal jadi hadiah Hari Guru, sifat pemurah usahawan ini jadi perhatian ramai
ARTIKEL BERKAITAN:Tiba-tiba ada ‘cuti peristiwa’, cikgu tegur ibu bapa pontengkan anak pada Hari Guru… Kecewa isu tak mampu bagi hadiah jadi alasan
Menerusi satu lagi hantaran yang berbeza, guru berkenaanjuga memaklumkan menerima hadiah yang paling unik sepanjang bergelar guru iaitu ikan kembong.
Berdasarkan video yang dikongsi, dia menerima kira-kira10 ekor ikan yangdiletakkan di dalam kotak sejuk beku.
Sekurang-kurangnya cikgu dah boleh jimat barang dapur.
NETIZEN
“Hadiah Hari Guru yang paling ‘rare’ diterima sepanjang bergelar guru,” katanya.
Perkongsian guru berkenaan membuatkan ramaidalam kalangan warga maya kagum danturut teruja melihat hadiah yang tersebut.
Reaksi netizen.
“Bukan semua cikgu tu senang. Kadang tengah bulan tu sesak. Ada sampai nak beli minyak masak pun tak cukup. Pengalaman sendiri ni.
“Saya pernah dapat pokok cili dah lebat cilinya. Hadiah paling ‘rare’ juga pernah dapat.
“Bagus bagi barang macam ni. Sekurang-kurangnya cikgu dah boleh jimat barang dapur.
“Minyak plastik tu yang ‘rare’ cikgu. Susah dapat,” antara komen netizen.