SUKAR untuk kekal istiqamah, pelakon Kilafairy terfikir untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Meluahkan hasrat tersebut kata Kilafaikry atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, ia juga satu keputusan sukar hanya kerana untuk memuaskan hati orang lain.
Malah menurutnya, dia bagai hilang semangat atau pegangan untuk terus memakai tudung.
Perkongsian Kilafairy di Threads.
“Kenapa saya rasa nak buka tudung semula? Bila berfikir kembali, kenapa saya perlu puaskan hati manusia. Kita patut buat semua kerana Allah. Bukan manusia.
“Baru saya faham kenapa orang kata istiqamah itu sukar,” katanya.
Kilafairy berkongsi perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju pengantin, peminat buat carian ‘husband Kilafairy’ di TikTok… Tuan badan syukur ramai doa perkara baik
ARTIKEL BERKIATAN: Kilafairy hampir batal kemunculan di konsert Udit Narayan, tak mampu teruskan tanpa Rohana Jalil
Dia juga memohon doa orang ramai agar terus dirinya terus diberi kekuatan.
“Hujung-hujung dah iman saya ni. Saya perlukan doa semua. Doa mama dah tiada,” ujarnya.
Sementara itu dalam satu hantaran berbeza dia memuat naik gambarnya kelihatan seperti selepas menangis apabila menerima pelbagai maklum balas peminat.
Menerusi gambar tersebut dia tidak lagi memakai tudung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube