RSS Suria

Impian ibu Eyka Farhana buat umrah bersama keluarga tercapai, bonus dapat berpuasa di Tanah Suci

IMPIAN pelakon Eyka Farhana menunaikan ibadah puasa di Makkah akhirnya termakbul.

Apa lebih istimewa, pemergian ke Tanah Suci turut disertai oleh seluruh ahli keluarganya.

Menurut Eyka atau Wan Atiqa Sarmizi, 30, ibunya pernah menyimpan hasrat menjejakkan kaki di bumi Makkah bersama kesemua anak-anaknya dan tidak menyangka impian itu tercapai.

Eyka bersyukur dapat mengerjakan Umrah bersama keluarga.

“Dari dulu mama selalu cakap satu hari nanti kalau boleh dia nak buat umrah dengan semua anak-anaknya.

“Banyak kali saya suruh mama pergi dulu tapi dia tak nak sebab mahu pergi satu keluarga,” katanya.

Eyka berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga bulan simpan rahsia, Eyka Farhana kini tunang Akhyar Rashid

ARTIKEL BERKAITAN:Diraikan rakan artis dalam acara ‘bachelor party’, Eyka Farhana menghitung hari bahagia

Dalam pada itu, Eyka menganggap kesempatan mengerjakan umrah dan berpuasa di Makkah bersama keluarga merupakan detik terindah dalam hidupnya serta sebuah anugerah tidak ternilai.

“Allah itu Maha Mendengar, tahun ini mama dapat pergi umrah dengan semua anak-anak mama, dapat rezeki kita berpuasa di Tanah Suci ini.

“30 tahun Eyka hidup, inilah momen paling indah, paling bahagia yang tak dapat nak ulang balik kenangan kita di sini,” katanya.

Sebelum itu, Eyka berkongsi foto dan momen dia mengerjakan ibadah umrah bersama ibu, bapa, nenek, dan dua orang adik-beradiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top