RAMAI individu sanggup bekerja keras dan menabung dalam tempoh yang lama demi menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.
Namun, tular pula tangkap layarmemaparkan seorang individu memuat naik hantaran di media sosialmemohon tajaan untuk mengerjakan haji atau umrah.
Menerusi hantaran itu, individu tersebut tanpa segan silu turut meninggalkan nombor WhatsApp jika ada sesiapa yang berminat untuk menaja dirinya.
Wujud individu yang menggunakan media sosial untuk meminta sedekah. -Gambar hiasan
“Ada siapa nak sponsor saya ke umrah? Kalau ada orang kaya atau yang dah 10 kali ke umrah tahun ni, Allah buka hati nak bagi tiket dia kepada saya, boleh private message (PM) atau chat.
“Atau nak bagi tiket pergi haji… amat terima kasih. Semoga Allah balas, Amin. WhatsApp saya untuk sponsor saya. Saya amat syukur siapa yang bagi sponsor.
“Kalau tiada, maksudnya Allah masih tak izinkan saya pergi walaupun sekali,” tulis individu itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya.
WhatsApp saya untuk sponsor saya. Saya amat syukur siapa yang bagi sponsor.
INDIVIDU MINTA TAJAAN
Tangkap layar hantaran individu itu dikongsi semula di platform X oleh peguam syarie, Muhammad Syarafi.
Dalam perkongsiannya, Muhammad Syarafi turut memberi teguran agar perbuatan seperti itu tidak menjadi satu kebiasaan.
“Sebab itu salah satu syarat nak kerjakan haji atau umrah ialah mampu. Dan aspek mampu ini meliputi semua termasuk kewangan.
ARTIKEL BERKAITAN:Bakal pengantin pening hadap saudara mara suka meminta-minta, tak ‘sponsor’ homestay kena perli di grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN:“Sponsor? Kau siapa?” – MUA dipermain rakan baik, lepas setahun kahwin tak segan ajak lepak walau hutang tak bayar
“Janganlah kita normalisasi perbuatan meminta-minta secara terbuka begini,” tulis Muhammad Syarafi.
Di ruangan komen, ramai pelayar media sosial turut meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakanindividu tersebut.
“Kalau dah minta sponsor, tu maknanya belum mampu. Mana dia beli keyakinan?
Setiap umat Islam pastinya mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Makkah. -Gambar hiasan
“Orang lain berikat perut sampai 15 tahun demi nak pergi, dia mudah macam tu je.
“Boleh je orang nak bayarkan dan tolong buatkan sekali. Namanya badal haji. Tapi kau kena meninggal dulu la.
“Lain macam betul dia punya confident meminta-minta untuk sponsor pergi umrah,” tulis beberapa netizen.