RSS Suria

Individu persoal kehamilan ketiga, isteri Fizo Omar pesan jangan jatuhkan sesama wanita

SELEPAS memaklumkan berita kehamilan anak ketiga baru-baru ini, isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjadi sasaran kecaman netizen.

Ini termasuk ada menganggap terlalu awal untuk Fazeera, 29, hamil memandangkan jarak usia dua lagi anak-anaknya agak dekat.

Ramai meluahkan rasa bimbang Fazeera dan Fizo tidak dapat memberi tumpuan kepada kesemua anak-anak mereka.

Tidak berdiam diri, Fazeera sebaliknya kesal apabila golongan wanita sendiri cuba menjatuhkan kaum hawa yang lain dengan isu-isu dianggap tabu dalam masyarakat.

Perkongsian yang dimuat naik Fazeera di Instastory miliknya.

Perkongsian yang dimuat naik Fazeera di Instastory miliknya.

“Saya rasa tidak perlu wanita sesama wanita ‘down’ kan wanita lain.

“Sikit-sikit cakap ‘stress nanti anak ramai’, ‘ada pembantu rumah senang lah’, ‘badan nak pakai lama’, ‘mengandung lagi?’, ‘suami tak kesian dekat isteri?’.

“Jika anda melalui waktu sukar dalam perkahwinan atau kehamilan, tak perlu nak babitkan orang lain untuk kaitkan dengan kisah anda,” katanya.

Fazeera berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Makin besar keluarga Fizo Omar, isteri hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN:Fizo Omar terjah sekolah jumpa anak, reaksi Maryam undang sebak

Dalam perkongsian tersebut, Fazeera turut memaparkan komen seorang individu yang mempersoalkan tentang kehamilan ketiganya itu.

Kata Fazeera, individu tersebut sering kali memberi respons negatif sejak dia hamil anak kedua lagi.

Jelasnya, dia menganggap cahaya mata yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki kepada keluarga mereka.

“Berdosa ke saya yang sudah bersuami ini mengandung? Kalau rezeki, takkan kita nak tolak kan?

Segelintir netizen kurang senang dengan berita kehamilan anak ketiga Fazeera.

Segelintir netizen kurang senang dengan berita kehamilan anak ketiga Fazeera.

“Sekarang saya sangat-sangat percaya setiap cahaya mata akan ada lorong rezeki yang tak berpenghujung,” ujarnya.

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Mariam yang kini berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top