RSS Suria

Influencer didakwa muak lelaki Melayu akhirnya kahwin jejaka mat salih… Suami asal Netherlands pilih nama Osman

USAHAWAN dan pempengaruh, Sara Anna meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik foto perkahwinannya menerusi Instagram.

Dia yang turut dikenali sebagai Darling Sara, 31, menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka Netherlands iaitu Jasper Haver atau Osman yang berusia 27 tahun.

Ketika dihubungi mStar, Sara berkata dia sebenarnya sudah lama berkahwin di Kuala Lumpur, namun baru berkongsi hal itu dengan pengikut di media sosial.

sara 2

Pasangan ini sudah menjelajah ke 19 negara sejak dua tahun lalu.

“Dah lama kahwin, cuma baru post. Saya buat majlis kecil, hanya jemput keluarga dan rakan terdekat. Kawan saya yang nak kongsikan sangat hal kahwin tu.

“Mereka kata tak nak jatuh fitnah sebab saya selalu bercuti bersama (suami). Kawan-kawan mahu saya dedahkan yang saya dah berkahwin.

“Kami buat persiapan setahun juga, sekali lafaz saja kami sah suami-isteri. Suami saya masuk Islam sehari sebelum kami kahwin,” ujarnya ketika dihubungi.

Walau bagaimanapun Sara enggan berkongsi maklumat terperinci tentang bila dia melangsungkan perkahwinan.

Mungkin lelaki Melayu yang tak nak dekat saya… standard kecantikan di Malaysia berbeza.

SARA ANNA

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

Pasangan itu berkenalan di Bali, Indonesia, kira-kira dua tahun lalu.

Kata Sara, majlis bagi meraikan perkahwinan itu akan dibuat di tiga lokasi pada tahun depan.

Selain majlis di Netherland, dua lagi acara akan diadakan di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah muak dengan lelaki Melayu” – Instafamous mengaku tak suka ‘first date’ di kedai mamak, Mat Salih lebih faham perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan menangis tengok wang simpanan… pernah susah jual nasi lemak, buat 3 kerja serentak – “Sekeluarga berdoa setiap kali hujan”

Susulan tular foto perkahwinan itu, netizen turut ‘mengungkit’ semula kenyataan lama Sara yang didakwa pernah menyuarakan keengganannya berkahwin dengan jejaka Melayu.

Bagaimanapun jelas Sara, kenyataan itu sebenarnya diputar-belitkan segelintir individu sedangkan dia sebenarnya menerima dengan hati terbuka jika berjodoh dengan orang tempatan.

“Orang suka cut apa saya cakap, saya okey saja. Cuma sebelum ini saya kata tak nak first date di kedai mamak. Tapi saya okey saja kalau lepas tu nak makan di kedai mamak.

sara 3

Majlis akad nikah itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

“Selepas kenyataan itu viral, saya kata kalau jodoh Melayu pun why not? Cuma mungkin lelaki Melayu yang tak nak dekat saya. Standard kecantikan di Malaysia berbeza.

“Saya tak cantik di mata orang Melayu sebab saya berkulit gelap serta cara pemakaian dan pembawakan diri saya,” ujar Sara yang sudah melawat 19 negara dengan pasangannya itu sejak dua tahun lalu.

Mengulas imej seksi yang bagaikan sebati dengannya, Sara berkata dia tetap akan menjadi diri sendiri walaupun kini sudah berstatus isteri.

sara 4

Sara pernah tular gara-gara kenyataannya tentang lelaki Melayu.

“Saya masih akan jadi diri sendiri. Apa yang saya nak buat sebelum kahwin, saya akan buat juga. Tapi kita tak tahu perancangan Allah.

“Mana tahu satu hari saya bertutup (menutup aurat). Jadi kita follow the flow,” ujar Sara sambil menambah dia belum ada perancangan untuk berbulan madu dengan suaminya.

Untuk rekod, Sara memiliki 450,000 pengikut di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top