RSS Suria

‘Influencer’ order macam-macam, tawar diri buat reviu demi makan free… Diminta bayar, berani ‘petik’ nama bos kedai

INDIVIDU yang popular biasanya akan dibayar atau diberi makanan percuma untuk tujuan promosi sesebuah restoran.

Namun, tular kisah seorang individu yang mengambil kesempatan untuk makan percuma kerana mendakwa dirinya sebagai pempengaruh.

Menurut peniaga dikenali sebagai Cikta, individu itu datang ke kedainya bersama dua lagi rakan dengan memesan pelbagai jenis makanan.

Selepas tiga bulan berlalu, Cikta mendakwa individu itu langsung tidak membuat sebarang promosi di media sosial.

“Dia datang buat video, kata nak promote kedai kita dekat Instagram. Dia makan ikan siakap bakar, siput sedut, sambal sotong, ulam-ulam dengan air. Dia ambil gambar semua.

“Lepas tu siap interview kita, suruh cerita pasal lauk. Dah la tak bagi mikrofon kat kita. Awak kat sana hujung tu, saya kat sini, macam mana nak dengar suara kita?

“Dah tahu, ini ‘propa’ punya video, tapi kita layankan saja dia. Bila staf nak kira, dia kata dah deal dengan bos. Bila masa kita deal? Kita tiada deal,” ujar Cikta memulakan cerita.

Bila staf nak kira, dia kata dah deal dengan bos. Bila masa kita deal? Kita tiada deal.

CIKTA

PENIAGA MAKANAN

Menurut Cikta yang berniaga nasi campur dan makanan kampung di Cun Cun Corner Kuala Lumpur, dia sebenarnya mahu meminta bayaran daripada individu itu, namun dihalang oleh majikannya.

Selepas tiga bulan kejadian itu, Cikta berkata individu tersebut langsung tidak memuat naik sebarang video promosi seperti yang dijanjikan.

“Saya cakap dengan bos nak pergi minta (duit). Bos kata tak apa, tengok sampai mana permainan dia. Nak tengok dia upload ke tak dekat Instagram yang konon-konon infleuncer.

ARTIKEL BERKAITAN:Berwajah sugul sambil minta maaf… Ramai harap Ammar Nazhan, rakan kena tindakan tegas!

ARTIKEL BERKAITAN:Servis pakej pelancongan teruk, rupanya TikToker Kim Seri ‘burn out’ lepas jadi ibu tunggal… Penat terkejar-kejar urus banyak bisnes

“Dah tiga bulan, ‘haram’ tak upload dan promosi serta apa-apa yang mendatangkan keuntungan kepada kita. Kita sebagai staf tak nampak sudut pandang bos macam mana.

“Bos kata tak apalah, nantilah, biarlah. Kita dah geram, rasa nak minta bayar RM55. Tapi bos suruh Cikta relax,” ujar Cikta lagi.

Video yang dimuat naik Cikta menerima hampir 900,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Pempengaruh biasanya diupah untuk memperkenalkan sesuatu bisnes. -Gambar hiasan

“Dalam media sosial ramai perangai macam ni kak. Semua kaki kencing, macam-macam cara.

“Ada ya orang makan tak nak bayar? Kan jadi darah daging tu.

“Sangkak sungguh influencer macam tu,” tulis netizen.

Scroll to Top