BUKAN sekadar ditemani pengapit, kebanyakan pengantin kini diiringi kumpulan yang membawa dulang hantaran.
Sudah jadi trend, kumpulan’dulang girl’dan ‘dulang boy’ akan turut sama berpenampilan kemas dan biasanya berpakaian sedondon bagi meraikan pasangan raja sehari.
Namun, berlaku kes segelintir mereka yang ‘dilantik’ melakukan tugas itu dilihat bersikap lebih sudu daripada kuah.
Seorang wanita yang merupakan bakal pengantin meluahkan tentang sikap sekumpulan ‘dulang girl’ yang kurang disenangi, gara-gara mempertikaikan warna tema pakaian yang ditetapkan untuk mereka.
Dulang hantaran menjadi tradisi dalam majlis perkahwinan. -Gambar hiasan
“Lagi beberapa hari nak majlis, boleh pula dulang girls belah lelaki tanya, ‘Kenapa dulang girls kena pakai warna sama macam ahli keluarga yang lain (contoh warna hijau), kenapa bukan putih?
“Eh kau, kenapa pula kau nak pakai sama warna dengan pengantin? Biar je la pengantin je yang pakai putih, melainkan memang tema serba putih atau pengantin sendiri yang minta korang pakai warna tu,” dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Umum mengetahui, kebiasaannya pasangan pengantin akan memilih warna putih bagi menyerlahkan lagi kehadiran mereka untuk majlis perkahwinan mahupun persandingan, manakala pengapit serta pengiring akan memakai warna berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN:Bukan sekadar melaram, pose cantik… apa sebenarnya ‘tugas’ bridesmaid ketika hari bahagia anda?
ARTIKEL BERKAITAN:Pengantin lelaki ketawa berdekah tengok ‘nasib’ rakan bawa hantaran, hilang gugup nak nikah! Ini jawab dulang boy selepas samping terlucut
Menurut bakal pengantin itu lagi, pihak lelaki mempunyai’dulang girl’ kerana oleh kedua-dua keluarga sepakat bergabung dan menganjurkan satu majlis sahaja.
Namun katanya, rasa tidak puas hati yang ditimbulkan oleh kumpulanberkenaan membuatkan dirinya terpaksamempersoalkan kedudukan mereka dalam majlis yang bakal berlangsung.
Dulang girls sepatutnya memudahkan, bukan membebankan kepala otak pengantin.
NETIZEN
“Sebab majlis gabung buat satu je, jadi ada dulang girls dari kedua-dua pihak. (Dulang girls) belah lelaki ni tak kenal lagi.
“Buat satu majlis gabung, dulang girls belah I okay je. Ada beberapa jenis orang ni yang hampir buat aku nak tanya secara terbuka, ini majlis kahwin aku ke majlis kau?” ujarnya.
Saudara-mara membantu pasangan pengantin sepanjang majlis berlangsung. -Gambar hiasan
Sebagai pengantin, jelasnya, dia mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar.
“Sudahlah kos semua ditanggung pengantin. Tiba-tiba majlis kita, dia nak jadi center of attention (perhatian) pula. Kau kat majlis orang, tapi nak kelihatan seperti pengantin pula,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut kurang senang dengan sikap sekumpulan ‘dulang girl’ yang berlebih-lebihan mengalahkan pengantin.
“Sangat menyakitkan hati. Dalam majlis perkahwinan Melayu tak ada peraturan khusus untuk pakai putih, tapi kena ada common sense, jangan overshadow (lebih menonjol) daripada pengantin.
“Jaga-jaga, kadang-kadang ada yang lebih sudu daripada kuah. Lebih over daripada tuan rumah.
“Dulang girls sepatutnya memudahkan, bukan membebankan kepala otak pengantin.
“Suruh orang lain jadi dulang girls la. Sumpah serabut orang macam ni,” komen netizen.