RSS Suria

Insomniacks artis tempatan paling tinggi distrim, kekal sederhana tak kejar populariti

MUNCUL sebagai artis tempatan paling tinggi distrim sepanjang 2024 menerusi carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), kumpulan Insomniacks tetap merendah diri dengan kejayaan tersebut.

Malah kumpulan berkenaan lebih selesa bersederhana dan tidak menjadikan populariti sebagai sasaran sebaliknya lebih memberi tumpuan memperjuangkan karya mereka kepada pendengar.

Salah seorang anggotanya iaitu Iskandar memberitahu walaupun mencipta kejayaan namun mereka tetap realistik bahawa bukan semua penggemar muzik boleh menerima karya ciptaan mereka.

Iqie (kiri) Danial dan Iskandar percaya karya mereka ada peminat tersendiri.

“Kami lebih suka kepada peminat yang suka dengan muzik kami. Itu tujuan utama, hasilkan lagu untuk mereka yang suka.

“Apabila karya kami sampai kepada kelompok peminat tersendiri, itu juga satu kejayaan besar. Bukannya kami nak ‘tapau’ satu dunia.

“Tidak pernah pun kami nak kejar menjadi popular, lebih selesa sederhana,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Insomniacks buat lagu ikut suka, syukur selalu bernasib baik

ARTIKEL BERKAITAN:Insomniacks kongsi idea peminat dalam ‘Igauan Malam’, tampil dengan MV konsep hantu

Iskandar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert Universal Music Malaysia yang berlangsung pada petang Selasa.

Kumpulan ini bakal mengadakan konsert di Zepp, Kuala Lumpur pada 19 Julai depan selain satu lagu lagi persembahan di Capitol Theatre, Singapura pada 29 November 2025.

Selain Iskandar kumpulan ini juga dianggotai oleh Danial dan Iqie.

Tidak pernah pun kami nak kejar menjadi popular, lebih selesa sederhana.

IMSOMNIACKS

Mahu memberi kelainan, Insomniacks akan melakukan susunan semula lagu-lagu mereka supaya persembahan pada malam tersebut dapat memberi kenangan indah buat peminat.

“Kami tak mahu peminat rasa persembahan kami sama sahaja dan sebab itu akan ada perubahan dari segi susunan muzik pada konsert itu nanti.

“Kami mahukan satu kelainan di mana peminat boleh nikmati pada malam tersebut sahaja,” ujarnya.

Insomniacks janji persembahan terbaik untuk dua konsert akan datang.

Tidak hanya susunan lagu, Insomniacks sudah mempunyai idea untuk keseluruhan konsep konsert di Kuala Lumpur dan Singapura.

Bukan sekadar menyanyi di atas pentas, Insomniacks juga mahu peminat merasa dekat dengan mereka sepanjang konsert anjuran SAH Entertainment itu.

“Sejak awal perbincangan ada idea yang kami inginkan. Bukanlah sesuatu yang gila, cuma kami mahu lebih dekat dengan peminat.

“Kami sendiri yang banyak beri cadangan untuk konsep konsert ini,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top