RSS Suria

Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen

SERING berkongsi kehidupan harian di media sosial, ramai yang kagum dan suka dengan gaya hidup pelakon Datin Intan Najuwa.

Namun tidak kurang juga ada yang tidak senang dan cepat melabelkan dia suka menunjuk kemewahan menjalani hidup sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.

Bagi Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, segala hantaran yang dimuat naik adalah untuk memberi inspirasi selain ingin menjadi penghubung antara dia dan peminat.

Intan mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Apa yang saya kongsi hanya untuk gembirakan diri sendiri. Sebelum kahwin pun saya banyak berkongsi termasuk ketika belajar supaya orang akan terinspirasi.

“Ambil daripada sudut positif sahaja. Janganlah fikir saya nak menunjuk-nunjuk. Itu juga cara saya untuk terus berhubung dengan pengikut di media sosial.

“Saya hanya kongsi aktiviti di rumah. Apa yang berlaku depan mata, itulah saya muat naik tanpa ada lakonan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa ada ‘anxiety’ teruk, takut bawa anak keluar naik kereta atau kapal terbang… "Saya paranoid melampau"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berjauhan, Intan Najuwa bidas dituduh tak ‘bonding’ dengan anak

Intan ditemui ketika majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa anjuran syarikat Inayah Beauty yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah pelakon ini dia tidak akan cepat melenting apabila membalas komen-komen yang keterlaluan di media sosial.

“Kalau saya balas komen ia bukanlah dalam keadaan marah. Saya bergurau sahaja. Kalau nak marah dengan komen sebegitu memang tidak akan habis.

“Sekarang ini saya hanya nak tenang dan happy tanpa perlu fikir soal haters,” ujarnya.

Apa yang berlaku depan mata, itulah saya muat naik tanpa ada lakonan

DATIN INTAN NAJUWA

PELAKON

Bercakap tentang kerjaya seni, Intan akui rindu untuk kembali berlakon.

Bagaimanapun dia masih belum bersedia sepenuhnya memandangkan anaknya masih kecil dan perlu perhatian penuh seorang ibu.

“Apabila menonton semua drama sebelum ini memang rasa rindu. Tetapi hati saya masih berbelah bahagi.

Intan belum sedia berjauhan dengan anak untuk kembali berlakon.

“Apabila menonton semua drama sebelum ini memang rasa rindu. Tetapi hati saya masih berbelah bahagi.

"Walau ada pengasuh tapi susah nak tinggalkan anak. Mungkin hujung tahun ini akan kembali berlakon kalau saya sudah bersedia,” jelasnya.

Untuk rekod Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia 7 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top