SURI rumah sering dipandang sinis apabila menggayakan barang berjenama mahupun memakai barang kemas.
Begitulah perasaan wanita ini setiap kalidia pulang ke kampung halaman suaminya.
Menurutnya, paling tidak dilupakan adalah wajah ipar duainya yang mencemikseolah-olah dia tidak layak untuk memiliki kesemua barangan mewah tersebut.
Iri hati sesamaadik beradik mahupun ipar duai sering berlaku dalam keluarga. -Gambar hiasan
“Apa pendapat kau orang kalau balik kampung, ipar-ipar yang bekerja asyik belek barang kemas, baju, tudung yang berjenama.
“Kemudian mereka acah-acah ‘tersakiti’, buat muka cemik.
ARTIKEL BERKAITAN:Lepas kahwin ‘auto’ tak berkawan… Suri rumah sayu tiada undangan ‘open house’, kalau anjur tak siapa sudi hadir
ARTIKEL BERKAITAN:Jadi suri rumah sepenuh masa, wanita akui hilang keyakinan diri… Takut-takut nak bersosial risau nampak bodoh
“Maklumlah kita ni suri rumah tangga je, mana ada duit nak beli semua tu,” luahnya yang terasa hati dengan sikap ipar.
Meskipun sedih dilayan seumpama itu, namun wanita ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang memahami.
Biasanya mereka iri hati dan nak kita pun sama tersakiti macam mereka, tapi nasib baik suami awak bagus.
WARGA MAYA
Dia sama sekali tidak menyangka suaminya menyedari situasi tidak menyenangkan tersebut lantas bersuara terhadap tindakan adik beradiknya.
“Sekali dengar suami bersuara dari belakang ‘Dia ada laki, jadi aku belikan semua tu sebab aku nak isteri aku bergaya lawa tak macam kau, kerja pun tiada duit’.
“Terus terdiam mereka semua,” tambahnya yang berasa legaapabila suaminya dapat melihat sikap darah daging sendiri.
Antara reaksi warga maya padanya.
Menurut wanita itu, ipar-iparnya hanya ‘bekerja biasa’ dan bukan dalam kategori profesional.
Luahannya itu membuatkan beberapa warga maya berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.
“Pernah ada ipar macam ni, tapi dah jadi bekas sebab bercerai. Dia selalu tengok apa yang saya pakai dan minggu depannya dia akan pakai yang sama.
“Laki aku tak bersuara tapi membuktikan dia mampu memberikan barang kemas kepada anak-anak dan isteri.
“Wujud lagi orang-orang ‘kepoci’ (penyibuk) macam ipar awak ni.
“Biasanya mereka iri hati dan nak kita pun sama tersakiti macam mereka, tapi nasib baik suami awak bagus,” demikian antara reaksi warga maya.