RSS Suria

Isteri Ali XPDC meninggal dunia akibat kanser payudara

ISTERI penyanyi Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned meninggal dunia di Hospital Putrajaya, Selangor pada pukul 6.08 petang Ahad akibat kanser payudara.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ali atau Mohd Ali Ismail, 57, yang memberitahu isterinya itu meninggal dunia sewaktu berada dalam pangkuannya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Ali memaklumkan isterinya (kanan) meninggal dunia akibat kanser payudara.

“Ya isteri saya sudah meninggal dunia di depan mata saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ali memberitahu jenazah isterinya akan dibawa ke Masjid Bandar Salak Tinggi, Sepang untuk proses pengurusan jenazah.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada kaitan tapi tetap prihatin, Real XPDC mahu beri sumbangan sehingga Ali sembuh

ARTIKEL BERKAITAN:Mengadu sesak nafas, Ali XPDC kena serangan jantung

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Salak Tinggi.

Pada 24 Mac lalu, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya kerana mengalami masalah paru-paru berair dan jantung lemah manakala Allahyarham menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ali bagaimanapun dibenarkan keluar wad sejak Khamis lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top