SEORANG wanita menempuh episod rumah tangga yang penuh derita apabila pasangannya sering menghilangkan diri dan enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami serta bapa.
Menurut adik kepada wanita itu, lelaki berkenaan yang bekerja di atas kapal tidak pernah menemani atau cuba menjejakkan kaki di wad ketika isteri bertarung nyawa melahirkan anak.
Lebih menimbulkan simpati apabila kakaknya terpaksa keluar dari wad selepas bersalin, dengan membawa anak serta beg barangan sambil mencari suami.
Wanita lepas bersalin memerlukan rehat yang mencukupi. -Gambar hiasan AI
“Kakak dah dua kali beranak tanpa suami, masa tu bukan dia atas kapal pun tapi tidur dalam kereta. Bini turun discharge sendiri, bawa baby dengan barang pusing keliling parking cari mana laki dia.
“Kami sekeluarga tak tahu, kalau tak kami tak biar dia macam tu. Dah balik rumah baru kakak cerita.
“Kami rasa nak marah sangat sebab akak call berpuluh kali, rupanya nyenyak sangat tidur dalam kereta sampai tengah hari,” kongsi adik kepada wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tiada empati bengang janda suami telefon pukul 4 pagi beritahu anak masuk hospital – "Tak ada masa lain nak call?"
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua anggap orang Melaka ada ‘tiket’ boleh cakap kasar! Menantu baru bersalin ‘meletup’ dipanggil ‘badak Afrika’
Lebih mengecewakan, hubungan mereka juga sentiasa dingin dengan abang iparnya hanya pulang setahun sekali, ketika musim perayaan.
Disebabkan tidak tahan dengan sikap suami, kakaknya menuntut cerai tetapi suami enggan melepaskannnya.
“Dia siap cakap dalam mahkamah, dia masuk meminang sendiri. Jadi biar dia sendiri yang lepaskan kalau dia nak. Kuasa cerai atas tangan dia.
“Tu belum cakap pasal perempuan, mabuk, judi. Malah, dia siap kutuk abah (bapa mentua),” katanya.
Kesiannya, dia berhak untuk bahagia dengan anak-anak.
NETIZEN
Bercerita lanjut, kakaknya sudah lama tinggal bersama keluarga sejak melahirkan anak kedua, perlahan-lahan membina semula kehidupan dengan menjana pendapatan di TikTok.
“Dia datang setahun sekali nak jumpa anak, sibuk mengalahkan kapten kapal. Mereka masih belum bercerai sebab dia mengelak nak datang mahkamah, alasan sibuk,” katanya.
Reaksi netizen
Netizen dalam pada itu mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan dengan mencadangkan supaya kakaknya mengambil peguam bagi mempercepatkan urusan penceraian.
“Kesian jadi perempuan. Nak keluar kepompong pun masih tak mahu dilepaskan. Moga dipermudahkan urusan.
“Ambil peguam. Senang sikit. Bukti dia curang, judi semua tu. Kekadang geram juga dengan mahkamah syariah ni, dah terang suami tu gitu, tapi tetap juga delay.
“Tak boleh ke mahkamah je buat keputusan. Kesiannya, dia berhak untuk bahagia dengan anak-anak,” antara komen netizen.