ISTERI kepada pengacara dan penyanyi Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida memberikan semangat buat suaminya itu ketika diuji pelbagai kontroversi baru-baru ini.
Emylia atau Emylia Rosnaida Abdul Hamid, berkata, dia memahami kesukaran yang dilalui AC dalam menjayakan konsert bersama kumpulannya 4U2C.
Kata Emylia, AC dan anggota 4U2C yang lain hanya mahu membuat kemunculan semula selepas 30 tahun bertapak dalam industri hiburan.
Perkongsian Emylia menerusi hantaran Instastory.
“Orang tak tahu kami sahaja yang tahu macam mana susahnya, hanya nak buat konsert saja. Apa yang susah sangat sampai jadi isu.
“30 tahun 4U2C nak buat comeback pun jadi isu, terus kuat B (panggilan AC), saya sentiasa ada untuk awak,” katanya.
Emylia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert 4U2C tetap jalan, AC Mizal dedah Man Senoi punca berpecah… Lama berdiam sebab malas panjangkan isu
ARTIKEL BERKAITAN: [V] AC Mizal kecewa Ajai tak faham undang-undang muzik, tuntut permohonan maaf 24 jam
Dalam pada itu, Emylia memberitahu dia dan anak-anaknya iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa akan sentiasa memberikan sokongan buat AC dalam memperjuangkan haknya.
“Saya sentiasa ada bersama awak, saya faham apa yang awak rasa.
“Saya, Fea dan abang (anak) akan sentiasa menyokong awak,” ujarnya.
Sebelum ini, timbul kontroversi apabila komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
AC (dua dari kiri) ketika membuat kenyataan di sidang media pada Rabu.
Man Senoi juga mempersoalkan bagaimana 4U2C mahu mementaskan konsert berkenaan jika 25 lagu yang dirakam adalah hak milik syarikatnya, Zman Production.
Pada Rabu, AC atau Mizal Zaini, 54, menerusi satu sidang media dibuat memberitahu konsert mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 September depan tetap diteruskan kerana mempunyai kelulusan daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
Ujar AC, isu dibangkitkan Man Senoi berkaitan hak 25 lagu adalah pelik kerana dia sendiri belum mengumumkan lagu apa yang akan dinyanyikan pada konsert nanti.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube