RSS Suria

Isteri dah lali suami curang… Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai

BANYAK pendedahan di media sosial mengenai kes pasangan curang sehingga tahap melakukan perbuatan terkutuk dan masalah ini bagai tiada kesudahan.

Seperti perkongsian seorang pelayar yang dikenali sebagai J, dia meluahkan kekecewaan apabila mendapat tahu suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita bergelar isteri orang.

Menurut J, dia sudah lama menanggung derita apabila suaminya bukan sahaja berskandal, malah berzina dengan wanita itu di atas katil kelaminnya tanpa rasa bersalah.

Bukan itu sahaha, J turut mendakwa mereka berdua juga pernah melakukan perbuatan terkutuk itu berkali-kali di segenap ruang kediamannya termasuk di atas sofa.

Pelayar ini mengakui dia sedang merancang strategi terbaik dan membuat simpanan untuk anak-anak sebelum bercerai dengan suami. Gambar hiasan

Seorang isteri yang dicurangi suami sedang merancang strategi terbaik sebelum bercerai. -Gambar hiasan

Biarpun sakit hati mengetahui kebenaran itu, katanya dia masih bertahan kerana memikirkan tentang keperluan anak-anak.

“Lama dah terbuku dalam hati ni. Tak pernah ada tempat nak bercerita. Laki (suami) aku ada affair, berzina dengan bini orang ada anak satu (ketika kejadian).

“Suami kepada skandal suami aku tahu. Siap mengamuk, tapi sekarang diaorang dah bercerai,” luahnya.

Jelasnya, ketika suami mula-mula ‘kantoi’, dia berjanji untuk berubah dan bertaubat nasuha namun kini kembali kepada sikap buruknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil, suami ‘makan luar’ beri alasan ‘kesian tengah sarat kena layan nafsu’… Padahal 2 bulan lepas nikah dah mula curang

ARTIKEL BERKAITAN: Maafkan suami kaki betina demi pertahan rumah tangga, isteri remuk hati dapat tahu diri dimadukan semasa hamil 4 bulan

” Awal-awal waktu ‘kantoi’ tu dia (suami) bertaubat nasuha. Siap tasbih tak lekang di jari.

“Sekarang dah kembali ke fitrah asal nampaknya. Solat culas, rokok and vape yang ditinggalkan jadi peneman setia kembali,” katanya lagi.

Lebih memburukkan keadaan apabila dia turut menerima kesan akibat sikap buruk suaminya apabila menghidap MDD (Major Depressive Disorder), PTSD (post-traumatic stress disorder) serta penyakit kelamin.

“Sejak suffer MDD dan PTSD ni memang aku banyak hilang ingatan. Jadi, aku disarankan oleh kaunselor untuk menulis dan berkongsi di aplikasi ini sebagai terapi.

Awal-awal waktu ‘kantoi’ tu dia (suami) bertaubat nasuha. Siap tasbih tak lekang di jari.

ISTERI DICURANGI

“Ia membantu untuk membina empati dan hubungan serta mengurangkan perasaan keseorangan dialami.

“Ya, aku masih mengalami kemurungan dan PTSD tetapi dapat atasinya dengan baik. Aku adalah seorang wanita berkerjaya dan masih mampu ‘berfungsi’ di sebalik ‘rahsia’ ni,” ujarnya.

Memberikan nama samaran Azeem buat suami dan Maimon (penyondol), J mengakui bahawa dia kini sedang menabung untuk anak-anaknya.

“Ramai sarankan aku untuk angkat kaki daripada perkahwinan ini tetapi ada beberapa perkara perlu diselesaikan.

“Aku sedang dalam perancangan untuk penuhkan tabung simpanan ASB (Amanah Saham Berhad) milik anak-anak.

Masalah rumah tangga antara faktor utama ramai mengalami tekanan emosi. Gambar hiasan

Masalah rumah tangga antara punca wanita alami tekanan emosi. -Gambar hiasan

“Nak melepaskan diri perlu ada strategi keluar yang baik,” katanya.

Wanita ini juga mengaku dia kini tidak lagi berjimat dalam berbelanja, malah tidak teragak-agak untuk membeli sesuatu serta tak segan untuk meminta-minta daripada suaminya kerana bengang dengan sikap lelaki itu.

“Kini, perempuan tu (skandal suami) dengan suami aku ke hulu hilir, siap bercuti sama-sama ke Eropah.

“Aku nak failkan cerai, tapi aku ada perancangan perlu diselesaikan sebelum angkat kaki. Aku sekarang memang muka tak malu. Aku nak apa-apa aku minta dekat Azeem (suami) dengan buat muka 10 sen.

“Dulu aku berjimat, tapi lepas tahu diaorang berdua bercuti ke Eropah bagai, aku tak peduli dah,” jelasnya lanjut.

Perkongsian wanita ni mencuri tumpuan pelayar lain terutama dalam kalangan wanita yang menyarankan agar dia segera keluar dari perkahwinan toksik berkenaan.

“Awak ada pendapatan? Jika ada lari jangan tunggu lagi.

“Bangun sis! Buat apa nak tunggu lagi?

“Sayangi diri awak dan anak-anak. Jangan pergi kerana dendam, tapi pergi untuk yang lebih baik,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top