RSS Suria

Isteri fail fasakh, Azlan Komeng ada sebab enggan bercerai

PELAKON Azlan Komeng mengesahkan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz memfailkan fasakh terhadapnya pada Rabu lalu.

Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia menghormati keputusan itu namun tidak akan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri.

Kata Azlan, dia memohon agar diberikan ruang menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dan akan berkongsi mengenainya apabila tiba masa sesuai.

“Saya tidak akan melepaskan isteri kerana mempunyai alasan tersendiri dan belum masanya saya kongsi sebabnya.

Azlan berharap diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Azlan berharap diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.

“Apa boleh saya beritahu setakat ini, saya mohon kesabaran daripada pihak tertentu untuk diberi ruang dan masa.

“Saya tahu apa saya usahakan insya-Allah bila sampai waktu tepat akan saya kongsikan dengan anda semua,” katanya.

Azlan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Azlan turut memberitahu dia masih menyayangi Nilam dan berharap agar isterinya itu bersabar.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Azlan Komeng muncul di mahkamah seorang diri, beri bayangan rumah tangga bakal berakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Disangka sedang berbadan dua, isteri Azlan Komeng rupanya lakukan pemeriksaan rahim

Ujar Azlan, dia yakin persengketaan di antara mereka ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Kepada isteri saya Noor Nilam, abang (panggilan Azlan) harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk abang selesaikan apa yang perlu abang buat.

“Macam mana pun, abang tetap sayangkan awak. Awak adalah individu sangat penting dalam hidup abang.

“Abang tak mampu berkata lebih hanya berharap awak dapat bersabar insya-Allah abang akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu yang boleh. Insya-Allah akan ada jalan yang terbaik,” ujarnya.

Pada Rabu, kehadiran Nilam, 45, ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor mengundang tanda tanya orang ramai.

Nilam sebelum ini mendedahkan Azlan bakal bernikah lagi.

Nilam sebelum ini mendedahkan Azlan bakal bernikah lagi.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam dilihat mengenakan jubah dan tudung serba hitam dilihat berjalan bersendirian di perkarangan mahkamah.

Pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top