SETIAP pasangan suami isteri sewajarnya berbincang mengenai perancangan dalam rumah tangga khususnya membabitkan kewangan bagi memastikan kehidupan yang lebih teratur dan harmoni.
Masalah akan timbul apabila keputusan besar dibuat secara bersendirian, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.
Tanpa pengetahuan dan persetujuan bersama, suaminya telah membuat pinjaman perumahan untuk membeli rumah baharu sekali gus menyebabkan mereka menanggung beban kewangan yang berat.
Pasangan suami isteri sewajarnya tidak menyimpan rahsia antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI
“Sebelum ni hidup saya dengan anak tenang je… kereta dah habis bayar, motor beli cash, hutang Coway pun tak ada. Saya betul-betul jimat sampai berkebun untuk tanam sayur-sayuran.
“Loan husband tinggal rumah je. Masa tu baki gaji suami RM1,500 setelah tolak komitmen dan hutang. Sekali suami saya buat loan rumah baharu dengan **** bank senyap-senyap guna payslip Grab,” tulisnya dalam hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mungkir janji, suruh isteri buat ‘personal loan’ tapi tak bayar balik! Akhirnya terpaksa jual emas nak langsai hutang
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki musibat! Nak tunjuk kaya dekat bini baharu, pinjam ah long RM1,400 guna nama bekas isteri jadi penjamin
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, pendapatan suaminya sebagai pekerja penghantaran sebelum ini agak selesa memandangkan ketika itu mereka menetap di bandar.
Namun tanpa dijangka, situasi berubah menjadi sukar apabila mereka berpindah dan menetap di kawasan kampung.
- Isteri kecewa dapat tahu suami diam-diam buat loan bank beli rumah baharu
- Suami raih pendapatan dengan bekerja sebagai pemandu Grab
- Pendapatan suami agak selesa ketika bekerja di bandar
- Namun kini berpindah ke kampung, pendapatan tak ‘sekencang’ dulu
- Isteri buntu fikir perbelanjaan bulanan tak cukup sebab hutang baharu
“Selepas setahun buat loan, suami pindah duduk kampung… buat Grab dapat RM20 sehari pun susah.
“Masalah sekarang, gaji suami dah jadi negatif RM1,900 untuk rumah baharu. Saya tak tahu nak buat macam mana.
“Saya dah minta dia jual rumah baru tu tapi sebelum terjual nak hadap hutang tu pening kepala. Ada cadangan tak untuk saya hadapi ujian ini,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap nasib yang dialami wanita tersebut, malah mereka turut memberi cadangan bagi menangani masalahnya.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
“Kalau lokasi strategik. Saya cadangkan buatlah homestay. Homestay boleh menjana income dan lepas bayar loan rumah.
“Buat sewa bilik. Modal basic perabot je. Katil, tilam, almari, mesin basuh, peti ais.
“Suruh suami fikir sendiri dan cari duit lain untuk rumah baharu tu. Suruh dia buat dua atau tiga kerja, jangan kacau perbelanjaan family,” demikian antara komen netizen.