SEORANG suami buntu apabila rumah tangga yang dibina hampir sembilan tahun kini dilanda konflik disebabkan anak angkat.
Menurut lelaki itu, mereka yang tidak dikurniakan zuriat selepas lama berkahwin sepakat untuk mengambil anak angkat yang kini usianya sudah mencecah tujuh tahun.
Anak perempuan itu adalah anak saudara kepada isterinya dan telah dijaga sejak dari lahir.
Orang dewasa akan tertekan apabila melihat rumah kembali bersepah selepas dikemas. -Gambar hiasan AI
“Dulu dia yang beria nak jaga dan minta kebenaran saya. Bila dah lama jaga mula rasa sayang sehingga anggap macam anak kandung.
“Isunya sekarang ni bila dah membesar biasalah budak tak nak dengar cakap. Isteri selalu cakap nak hantar anak tu ke rumah orang tuanya.
“Bila dia marah budak tu, dengan saya sekali dia marah, kemudian dia berkurung dalam bilik lepas marah-marah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tak subur rancang ambil anak angkat, mentua tak setuju risau dapat keturunan pelacur
ARTIKEL BERKAITAN: Jaga bertahun-tahun, wanita mahu pulangkan anak angkat! Bukan tak sayang, letih hadap keluarga kandung suka ugut dan minta duit
Lelaki itu memaklumkan, sebagai suami dan bapa dia sentiasa membantu isteri menguruskan rumah walaupun sibuk berulang alik bekerja di Singapura.
Antara kerja rumah yang dilakukan termasuklah membasuh, menyidai, dan menyusun pakaian, selain membuang sampah dan membantu memasak sekiranya sempat.
Namun, isterinya yang berniaga kecil-kecilan tetap merungut tidak dibantu dan menyifatkan suaminya serta anak angkat sebagai beban.
“Beberapa bulan ni dia penat mengurus rumah tapi saya tak paksa pun dia buat kerja rumah. Dia cakap tak boleh tengok rumah bersepah.
“Kadang saya balik dia tak masak saya OK je, kami makan luar tapi dia tetap kata saya dan anak membebankan,” katanya.
Reaksi netizen
Lebih memeningkan kepala lelaki itu apabila isterinya baru-baru ini mengemas pakaian dan menyatakan hasrat untuk hidup bersendirian.
“Adakah patut saya ikut cakap isteri untuk lepaskan dia dan anak pula macam mana? Saya kesiankan anak tu.
“Dah la mak dia tak nak jaga dan sekarang makcik dia pula tak nak jaga. Sampai dia nak hantar anak tu ke rumah anak yatim.
“Kalau saya jaga seorang lepas ni, macam mana nak uruskan dia? Saya buntu sekarang ni,” katanya.
Tambah lelaki itu, sebagai individu yang pernah dibesarkan dalam keluarga bermasalah dia tidak mahu anak angkatnya melalui kesukaran yang sama seperti dihadapi.
Bincang dari hati ke hati. Bawa jumpa kaunseling atau doktor, risau isteri dalam tekanan.
NETIZEN
Netizen dalam pada itu menasihati lelaki berkenaan agar jangan mengikut kehendak isterinya yang ingin bercerai.
Sebaliknya, mereka memintanya memujuk kerana mungkin isterinya terlalu penat dalam menguruskan rumah tangga.
“Awak ambil cuti beberapa hari, lepas tu awak keluar dengan anak tu. Biarkan dia bersendirian, mungkin penat. Nanti dia okay la tu.
“Ada benda nak diluah tapi dia pendam. Mungkin dia bosan, penat dan segala kemungkinan berkait dengan emosi yang dia sendiri tak mampu nak luah.
“Cuba bawa dia pergi bercuti beberapa hari untuk bersantai, tanya apa yang terpendam.
“Bincang dari hati ke hati. Bawa jumpa kaunseling atau doktor, risau isteri dalam tekanan sebab rasa sunyi dan penat,” katanya.