RSS Suria

Isteri Shuk Shar selamat bersalin, kagum harungi tempoh hamil sendiri

ISTERI kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh selamat bersalin bayi perempuan seberat 2.1 kilogram di sebuah pusat perubatan pada 26 Jun lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fara, 33, menerusi hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan sebahagian wajah anaknya yang diberi nama Elaine Nada.

“Alhamdulillah saya dah selamat bersalin pada 26 Jun 2025 pukul 6.10 petang dengan berat 2.1 kilogram.

Fara kongsi sedikit wajah anak perempuannya.

“Elaine Nada nama seindah orangnya,” kongsinya.

Tambah Fara lagi, dia kagum dengan perjalanan hidupnya yang mampu bertahan difasa hamil dan bersalin tanpa suami di sisi.

“Alhamdulillah saya dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengadung seorang, melahirkan anak seorang tanpa ada bayang seorang lelaki. Hebatnya Fara Salleh,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh haramkan Shuk Sahar jumpa anak, rayu mahu rujuk

ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami

Berkongsi mengenai proses kelahirannya, Fara memberitahu dia ditahan di hospital lebih awal selepas bayi dalam kandungan mengalami masalah.

Katanya selepas menahan sakit selama dua hari, dia terpaksa melahirkan anak sulungnya itu melalui kaedah pembedahan (caesarean) kerana bayi dalam kandungannya hampir lemas di dalam perut.

“Awal datang untuk pemeriksaan tapi doktor nasihat masuk wad sebab air ketumban dah mula kurang dan bayi kurang berat badan sebab masalah uri.

“Selepas masuk belon jalan tak buka juga, doktor pecahkan air ketumban dan cucuk epidural tapi masih tiada bukaan.

Kami berdua tak dapat bersama sebab baby terus masuk wad.

FARA SALLEH

ISTERI SHUK SAHAR

” Doktor rancang czer kecemasan sebab bayi sudah nak lemas. Nak czer pula saya demam penas yelah dua hari tahan sakit tapi akhirnya buat pembedahan juga,”ujarnya.

Sebaik sahaja dilahirkan, Fara memberitahu dia dan anaknya terpaksa ditahan di wad hospital selama lima hari kerana dijangkiti kuman.

“Kami berdua tak dapat bersama sebab baby terus masuk wad kerana air ketumban sudah berkuman (demam) aku masuk antibiotiks.

Fara lalui banyak ujian sebelum selamat lahirkan anak sulung.

“Lepas itu ditahan lebih kurang lima hari sama juga dengan baby,” kongsinya.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.

Bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top