RSS Suria

Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala

RAMADAN semestinya menjadi bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

Bukan sekadar dapat meraih pahala menjalani ibadah puasa, waktu berbuka puasa dan sahur bersama ahli keluarga juga antara momen indah ketika Ramadan.

Namun bagi seorang isteri, dia berasasedikit terbeban setiap kalitibanya waktu sahur kerana perlu mengejutkan suaminya.

Suri rumah membeli barang dapur untuk masak buat seisi keluarga. -Gambar hiasan

“Dalam rumah tangga kenapa kena layan suami macam anak-anak? Kena ingatkan tanggungjawab kerja-kerja rumah.

“Dan sekarang Ramadan, kena kejutkan suami bangun sahur,” soalnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Namun katanya, situasisuami perlu dikejutkan seperti kanak-kanak untuk bangun sahur tidakberlaku dalam rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri berpantang di kampung, suami galak buat angkara! Kantoi dengar suara perempuan jawab telefon waktu sahur

ARTIKEL BERKAITAN:Semangat kejut suami pukul 4 pagi, isteri sedih ajakan ‘bersama’ ditolak… Baru sedar usaha TTC cuma syok sendiri

“Bukan dalam perkahwinan saya. Sebabnya, saya ni sejenis keras. Kalau kejut sekali tak bangun, bukan masalah saya lagi.

“Saya akan lihat suami sedang tidur sambil saya menikmati minum air coklat panas. Kami sama-sama dewasa,” ujarnya.

Awakharapdia layan awakmacam permaisuri tapi awaklayan dia sebaliknya.

NETIZEN

Menurut wanita itu, suaminya adalah seorang yang senang bangun pagi dan mudah dikejut.

“Buat masa sekarang, suami saya selalu bangun bila dikejutkan. Walaupun lambat sikit, dia turun ke bawah.

“Secara logiknya, bukan saya yang kena turun naik, turun naik kejut suami, nak siapkan makanan untuk sahur lagi,” ujarnya, merujuk mereka sekeluarga yang tinggal di kediaman dua tingkat.

Lelaki melakukan sendiri kerja-kerja di dapur. -Gambar hiasan

Sebagai suami isteri, katanya, masing-masing perlu saling memainkan peranantanpa hanya mengharapkan pasangan semata-mata.

“Perkahwinan seharusnya bukan hanya memanfaatkan satu pihaksaja,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan luahannya sambil memberikan pandangan sertareaksi masing-masing.

“Samalah. Nak suruh kita kejut empat, lima kali turun naik tangga tu maaflah. Nak bangun, bangun tak nak bangun sudah. Perut masing-masing. Banyak lagi ladang pahala cara lain boleh kutip, tak payah nak manjakansangat. Lama-lama letih kita.

“Layan suami seperti raja. Tak ada siapa suruh layan suami macam anak. Ataupun meh aku kejutkan suami kau bangun sahur nak?

“Apa akan jadi kalau sebaliknya? Suatu hari, dia bangun awal untuk sahur dan kejut awak sekali je tapi awak tak bangun, bangun. Kemudian dia biar je awak tak sahur dan dia makan sahur, tengok awak tidur sambil minum air coklat panas?

“Berbakti dekat suami, niat dapat pahala. Awakharapdia layan awakmacam permaisuri tapi awaklayan dia sebaliknya. Dia suami awak, pasangan hidup awak, bukannya anak-anak. Awak patut hormatsuami,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top