RSS Suria

Isteri Zaki Azeman hamil anak kedua, sanggup naik Cameron Highlands sebab mengidam

PELAKON Zaki Azeman berkongsi khabar gembira apabila isterinya Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali Raa Suzuran kini hamil anak kedua.

Teruja apabila dimaklumkan tentang kehamilan kali ini, Zaki atau Muhammad Zaki Azeman, 31, memberitahu dia sanggup menolak beberapa tawaran kerja demi menjaga isteri di rumah.

"Perasaan teruja kali ini lebih lagi berbanding anak pertama. Sampaikan saya ambil masa rehat dahulu daripada sebarang tawaran kerja.

Zaki teruja bakal timang cahaya mata kedua.

"Saya lebih fokus menjaga isteri di rumah sejak awal kehamilan," katanya kepada mStar.

Kata Zaki, usia kandungan isterinya sudah memasuki trimester kedua.

Sebelum ini Zaki memuat naik gambar dia bersama isteri dan anak sulung mereka berada di Cameron Highlands, Pahang mengumumkan berita gembira itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Selepas bertarung kontraksi siang malam"… Zaki Azeman dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis teringat isteri di rumah, Zaki Azeman sebak sambut Ramadan pertama sebagai suami di hospital

Dia yang berada di sana sejak Khamis sengaja membawa isteri kerana mengidam suasana tanah tinggi.

"Semalam (Khamis) dia cakap mengidam nak bau Cameron Highlands. Pukul 5 petang dia cakap, kemudian pukul 5.15 petang kami terus gerak.

"Di kesempatan ini juga kami ambil peluang umum kehamilan di Instagram. Orang pun dah ramai bertanya," ujar.

Tambah Zaki, segala persiapan bayi banyak diuruskan isteri.

Dia juga sedia kembali menerima tawaran kerja memandangkan kesihatan isterinya sudah semakin stabil.

Saya lebih fokus menjaga isteri di rumah sejak awal kehamilan.

ZAKI AZEMAN

PELAKON

"Isteri pun dah tak alami morning sickness sekarang. Keadaan dia lebih stabil. Jadi saya sedia untuk kembali berlakon," jelasnya.

Untuk rekod, Zaki berkahwin dengan Raa pada 29 Mei 2022.

Pasangan ini dikurniakan anak sulung pada Mei 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top