ISU membabitkan pelakon Ellie Suriaty dan pempengaruh Imran Bard yang hangat diperkatakan sebelum ini dalah contoh jelas perbuatan buli siber di media sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata disebabkan itu pengguna media sosial perlu bijak dan berhati-hati apabila meninggalkan komen atau reaksi mereka mengenai sesuatu isu.
“Tanpa disedari, kita boleh menjadi penyumbang kepada buli siber jika tidak berhati-hati membuat sesuatu komen atau reaksi dalam media sosial.
Azmir harap isu dapat diselesaikan segera.
“Pengguna media sosial perlu peka dan tahu had sebelum membuat sesuatu perkara. Janganlah sehingga perkara buruk berlaku baru kita ambil tindakan.
“Kita jangan lupa agama dan budaya kita menekankan pentingnya adab dan kesusilaan berkomunikasi termasuk menyediakan atau menghasilkan konten di alam maya dan platform media sosial. Jadikan isu ini sebagai pengajaran buat semua,” katanya.
Sementara itu, Azmir berkata, Finas ada menerima aduan daripada Ellie, 54, yang kecewa dengan kejadian menimpanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty sanggup datang hospital jumpa ibu Imran Bard, anggap video permohonan maaf tak ikhlas
ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty setuju jumpa Imran Bard ‘face to face’, penentu teruskan saman atau maafkan
Azmir berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kemelut itu secara baik sekali gus menjadi pengajaran kepada orang ramai.
“Ellie ada menghubunginya dan turut meluahkan perasaan sedih dan terkilan mengenai isu pertikaiannya dengan pempengaruh berkenaan.
“Saya berharap mereka dapat berjumpa dan bersemuka untuk selesaikan isu ini dengan baik.
“Saya pasti, bila ia dapat diselesaikan dengan baik, ini akan menjadi satu contoh yang baik kepada semua,” katanya lagi.
Ellie luah rasa kecewa tindakan biadap Imran.
Pada 20 Februari lalu, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.
Justeru, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.
Imran bagaimanapun menunjukkan sikap acuh tidak acuh ketika memohon maaf di dalam video TikTok miliknya selain memberitahu ibunya tidak dapat bertemu Ellie kerana sedang dirawat di hospital.
Ellie dan Imran sedia bersemuka.
Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 26 Februari, Imran menyatakan dirinya menyesal dan sudah memohon maaf kepada Ellie secara peribadi di Instagram.
Malah Ellie juga bersedia untuk bertemu dengan Imran bagi menyelesaikan kemelut antara mereka namun pertemuan itu bukan jaminan bahawa dia akan menarik balik saman terhadap Imran.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!