JARANG sekali ada wanita yang rela berkongsi kasih suaminya dengan wanita lain.
Biarpun mulut memberi kebenaran dan reda dimadukan, namun tiada siapa yang dapat membaca isi hati mereka.
Kebanyakan wanita tidak rela berkongsi kasih suaminya dengan wanita lain. -Gambar hiasan
Seorang wanita berkongsi kisah dirinya dengan mengakui masih belum dapat menerima sepenuhnya hakikat bahawa dia kini mempunyai madu.
Tidak mendedahkan identiti diri, dia sedaya upaya cuba mengelak daripada terserempak dengan suami di luar kerana bimbang lelaki itu sedang bersama madunya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berpoligami kongsi cara isteri nak kesan suami kahwin dua! Rupanya ada perubahan ketara bila ‘atas katil’
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘meratib’ nak kahwin empat, yakin isteri pertama patuh dan taat… Tapi kantoi beli barang dapur harap MyKasih
“Tadi balik dari klinik, nampak kereta encik suami dekat kedai. Terus text dia, jom abang, makan tengah hari sama-sama. Tapi kalau abang berdua dengan isteri satu lagi, abang reply je cakap abang dah kenyang.
“Jadi dia reply, abang ada kerja… makanlah dulu. Mujurlah kereta dia cermin gelap.
“Dan mujurlah dia reply lain sikit. Kalau tak, mesti rasa sebak je. Orang ada dua keluarga, macam itulah,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.
Bagaimanapun, dia menafikan dirinya benci atau ‘alergi’ terhadap madu sebaliknya bertindak sebegitu untuk menjaga hati dan kesihatan mentalnya.
-
Seorang wanita mengaku belum mampu menerima sepenuhnya hakikat dirinya bermadu.
-
Dia cuba elak bertemu suaminya di luar kerana takut lelaki itu sedang bersama madunya.
-
Wanita itu tidak membenci madunya, tetapi mengambil langkah itu untuk menjaga hati dan kesihatan mentalnya.
-
Dia menganggap apa yang berlaku sebagai ujian buat dirinya dan masih bertatih menerima takdir.
-
Netizen memberi kata semangat selain memuji ketabahan wanita tersebut menghadapi ujian hidup bermadu.
“Pernah sekali saya ke kedai. Tetiba nampak dia (suami) dengan yang satu lagi dekat situ juga. Kaki dan tangan saya gigil.
“Saya naik semula kereta. Saya text suami barang apa yang saya nak dan kemudian saya balik,” kongsinya.
Justeru, menurut wanita berkenaan, dia lazimnya akan memaklumkan tentang keberadaan dirinya untuk mengelakkan dia dan madu terserempak.
“Dah jodoh diaorang kan. Bukan ke jodoh tu, sesuatu yang tertulis di Luh Mahfuz lagi? Tipulah juga kalau saya cakap, saya terima sepenuhnya. Tengah fasa bertatih lagi.
Sebahagian komen netizen.
“Ada masa saya down. Ada masa saya okay. Tapi yang penting pastikan luangkan masa sebaiknya. Jangan banyak sangat fikir,” tulisnya lagi sambil menambah, dia menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk dirinya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan kata semangat buat wanita berkenaan dan menyifatkan dirinya sebagai seorang isteri yang kuat serta tabah menghadapi ujian yang tidak semua orang mampu lalui.
“Semoga tenang selalu. Jangan overthinking dan jangan selalu layan perasaan. Ingat je suami tu pinjaman dari Allah.
“Semoga akhirnya awak mendapat kemanisan dalam bermadu. Semoga dengan sabar dan reda ini buat awak ke syurga.
“Semoga Allah memberi ganjaran atas setiap pengorbanan,” antara komen netizen.