RSS Suria

Jamah 3 sudu, sakit azab sampai pergi hospital! Wanita baru bersalin kini percaya amalan pantang laksa setahun

ZAMAN sekarang serba serbi moden, namun sesetengah wanita khususnya kaum Melayu masih berpegang dengan petua nenek moyang dan amalan berpantang selepas melahirkan anak.

Lazimnya sepanjang tempoh berpantang, ibu yang baru bersalin mengelak untuk mengambil makanan tertentu bukan sahaja untuk mempercepatkan proses penyembuhan tetapi untuk mengelakkan timbulnya masalah kesihatan.

Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya menderita kesakitan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital gara-gara makan asam laksa, yang tidak sepatutnya dimakan.

“Orang cakap lepas bersalin kena pantang laksa setahun. Korang percaya ‘fakta’ ni tak?

“Saya dah percaya. Saya makan asam laksa. Tak banyak pun. Tiga sudu je. Sampai sekarang dah lebih dari 24 jam saya tanggung sakit angin dalam badan.

“Makan ubat angin pun tak jadi. Berurut pun tak jadi. Doktor dah ambil darah, dah x-ray, dah check jantung… semua okay. Ada tip lain tak untuk hilangkan rasa angin dalam badan ni?” luahnya dalam hantaran berkenaan.

laksa 2

Meskipun zaman sudah moden, ramai wanita memilih untuk mengikut amalan berpantang bagi mempercepatkan proses penyembuhan. -Gambar hiasan

Menurut wanita tersebut, dia tidak menyangka hanya dengan makan laksa dalam kuantiti sedikit mampu mengundang kesakitan yang teruk memandangkan sudah melepasi tempoh pantang ‘kritikal’ 100 hari selepas melahirkan anak.

“Saya dah lebih 100 hari, baby dah lima bulan. Ingat dah lepas fasa bentan.

“Bukan sakit urat je tapi perut ni macam dirodok-rodok sakitnya. Sampai demam-demam. Macam udang, nak duduk tegak pun tak boleh,” kongsinya pada ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari berpantang dah nak gila! Wanita rasa dikurung di rumah mentua… Hanya makan roti kosong, tidur atas toto nipis

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar… Makin sakit hati penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini

Bagaimanapun wanita berkenaan tidak mengulas lebih lanjut diagnosis daripada pihak hospital.

Dakwa wanita tersebut lagi, kesakitannya beransur pulih selepas berikhtiar menggunakan kaedah alternatif.

Ada sebab orang-orang tua dulu suruh berpantang sebenarnya… takut kes bentan dengan angin.

NETIZEN

Last-last minta air penawar dengan ustaz baru okay,” ujarnya.

Perkongsiannya di TikTok meraih lebih 59,000 jumlah tontonan.

Sementara itu di ruangan komen pula ‘meriah’ dengan perkongsian golongan ibu yang turut menceritakan pengalaman masing-masing gara-gara ‘melanggar’ pantang.

laksa 3

Perkongsian pengalaman oleh sebahagian netizen.

“Saya pernah jadi… makan kuih yang ada inti kacang hijau. Macam nak kancing gigi sejuk melampau. Sampai sekarang fobia dengan kacang hijau.

“Betul laksa kena pantang. Saya sampai masuk hospital tengah malam sakit perut. Esoknya majlis cukur jambul anak. Sedih time majlis terlantar dalam bilik.

“Saya makan cempedak goreng lepas bersalin tiga bulan. Menanggung angin dalam badan sampai tak boleh berjalan, muntah dan sakit kepala macam nak pecah.

“Ada sebab orang-orang tua dulu suruh berpantang sebenarnya… takut kes bentan dengan angin,” komen beberapa warga maya.

Namun begitu, ada sesetengah netizen berpandangan amalan berpantang sebagaimana yang diperturunkan orang tua dahulu tidak semuanya wajar diamalkan.

Bagi mereka, wanita selepas bersalin sewajarnya mendapatkan nasihat daripada doktor khususnya mengenai amalan pemakanan kerana golongan ini lebih arif dan dipercayai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top